Wednesday, 1 February 2017

LARA KASIH PART 3

"Ya Allah! Apa ni abang? Sumpah abang, Sumpah Lisa tak pernah buat perkara macam tu. Ya Lisa bebas kesana sini, tapi Lisa tahu halal haram. Apa guna Lisa bertutup tapi Lisa buat perkara bodoh macam tu. Jejak kaki pun Lisa tak pernah abang. Jadi sebab ni ke abang? Sebab ni ke abang marah pada Lisa ? Kenapa abang tak jujur dari awal? Siapa yang bagi gambar ni pada abang?". Sungguh aku tak boleh terima apa yang aku lihat didalam gambar yang diberi Aqram. Gambar yang jelas terpampang muka aku dengan pakaian tak cukup kain berada diatas riba seorang lelaki didalam sebuah pub. Disebabkan itu jugak bertalu soalan yang keluar dari mulut aku.

" Hmmm, dah habis soalan awak? Saya dapat gambar ni diatas meja ofis saya. Dalam sampul tanpa penama. Kira kira 3 hari sebelum majlis kita. Saya dah tanya pada setiausaha saya siapa yang kirim. Dia pun tak pasti. Sebabnya tiada siapa yang pas kepada dia untuk diberikan pada saya. Saya masih lagi mencari tahu siapa pengirim , tapi sehingga sekarang tak dapat. Jadi sekarang awak nak nafikan? Jelas kot muka awak dalam tu. Awak nak nafikan apa lagi? " 
Jelas Aqram masih meragui aku. Allah fitnah apa ni Ya Allah.

"Awak , mengenai perkahwinan kita. Tak ada siapa yang tahu, melainkan orang terdekat. Zaman dah moden. Awak boleh cek sama ada gambar tu asli atau edit. Saya berani sumpah atas nama Allah , saya tak pernah buat perkara macam tu. Atau ada orang yang cuba menghalang perkahwinan kita? Ehh sekejap... awak cakap 3 hari sebelum perkahwinan kita kan? " Tetiba aku terasa seperti dapat menangkap siapa punya angkara. Tapi mana mungkin. Mustahil dia akan lakukan perkara macam tu. Dia baik, selalu dengar segala masalah dan dia juga insan yang ada dihati sebelum aku serahkan sepenuh hati kepada insan dihadapan aku ketika ini.

"Ya , 3 hari sebelum. Kenapa? Awak rasa awak tahu sapa punya kerja? Yang sebenarnya, keputusan gambar ni saya da dapat 2 minggu lepas perkahwinan kita. Ya, macam awak cakap . Ni bukan gambar yang asli. Tapi sebabkan saya ego, malu untuk mengaku salah saya atas hukuman yang diberi kepada awak terlebih dulu membuatkan saya tak berani untuk menegur. Dan saya pun dah dapat balasan. Saya minta maaf."

Balasan? Balasan apa pulak Aqram cakap ni. Macam aku dah tinggalkan dia. Aku elok jee ada depan dia lagi ni. Setia lagi menanti. Ehh tapi yang tu nanti dulu. Sekarang aku kena cari tahu, betul ke tekaan aku mengenai pengirim gambar ni. "4 hari sebelum kita diijabkabulkan , saya ada berjumpa dengan Rais. Awak kenalkan? Rais kawan sekelas awak masa kita sekolah dulu. Yang sekarang bekerja di syarikat awak. Saya dengan dia sebelum ni hampir bercinta. Kami rapat. Sebelum mama dan papa cakap mengenai jodohkan saya dengan awak. Rais ada luahkan perasaan dia. Belum sempat saya bagi keputusan , saya dibebankan dengan berita dari papa dan mama. Jadi selama perancangan perkahwinan kita, saya menyepi. Sehingga 4 hari sebelum, saya berjumpa dan berterus terang mengenai hal perkahwinan , sekaligus menjemput dia. Pada awal dia tak dapat terima, setelah bertenang dia mengucapkan tahniah dan terus berlalu pergi. Tapi sehingga sekarang saya langsung tak jumpa atau contact dia. Saya tak tahu, hati saya kuat katakan itu kerja dia."

Seusai aku habis bicara, Kelihatan Aqram meraup wajahnya berserta keluhan kecil. Jelas terpancar marah diraut wajahnya. "Awak kenapa diam" aku menegur setelah melihat Aqram terdiam sahaja,
.
"Baru saya sedar. Patut selama jumpa saya , dia mengelak. Kenduri pun dia tak datang. Rupanya ada buat salah. Saya tahu saya bukan rakan baik dia, tapi dia tetap kawan saya. Kenapa dia tak boleh terima ketentuan. Tapi saya akui, ni bukan kesalahan Rais sepenuhnya. Salah saya kerana cepat menghukum. Saya minta maaf. Saya berjanji kita akan perbetulkan kembali hubungan kita." luahan kata dari Aqram jelas nampak keikhlasan. Ini yang aku nantikan selama ni.  Ya Allah terima kasih pada Mu Allah.

"Saya pun abang, saya minta maaf. Kalau lama dulu saya minta penjelasan , pasti tak macam ni. Kita mulakan hidup baru ye. Pemulaan baru untuk perkahwinan kita. Semoga perkahwinan kita ni mendapat berkat. " tenang aku meluah kata , seraya menyalam tangan insan bergelar suamiku. Menitis airmata kegembiraan kerana ini yang selama ini dinantikan. Serentak itu , aku rasa satu kucupan diatas kepala. Malam itu berlalu dengan tenang. Moga Allah sentiasa sinarkan hubungan ini. Dengan namamu Ya Allah, aku memohon.

***

Keesokan harinya, hari minggu. Awal pagi lagi Aqram bangun ajak aku pergi berjalan. Mengambil angin  sambil mengisi masa lapang. Agenda pada hari tu mengikut Aqram dia ingin membawa aku pergi kesatu taman kesukaan dia.

 Lebih kurang , 1 jam lebih perjalanan , kami tiba di destinasi. Cantik, taman itu amat cantik. Tak dapat aku gambarkan cantiknya taman tersebut. Indah dengan pokok pokok kehijauan, air terjun kecil buatan yang kelihatan amat semulajadi disertai dengan satu sungai jugak buatan . Didalam sungai itu terdapat bermacam ingin. Dikeliling taman, terdapat bermacam jenis bunga bungaan. Terdapat juga sudut sudut untuk bersantai . Setelah penat mengelilingi seluruh taman, aku dan Aqram memilih satu sudut dihujung . Jauh dari kawasan tumpuan.

"Abang memang selalu kesini ke? Cantik taman ni. Kenapa Lisa tak pernah tahu pun ada taman secantik ni." sahaja aku bertanya untuk memecah kebisuan antara kami.

"Abang memang selalu kesini. Kalau otak tak tenang, abang kesini untuk tenangkan fikiran. Lisa, abang nak tanya Lisa satu perkara boleh? ".

"Boleh. Abang nak tanya apa? Banyak pun boleh. " Aqram tersenyum mendengarkan kataku.

Tiba-tiba Aqram bangun dan melutut dihadapanku. "Lisa, sudikah awak menjadi teman hidup saya selamanya?" serentak itu aku teringat mimpi sebelum aku dikejutkan berita dijodohkan dengan Aqram. Ya, baru aku teringat. Inilah keadaan dalam mimpi itu. Di taman, dilamar seorang jejaka, berbaju maroon , Allah sempurnanya perancangan Mu. Aku mengalirkan airmata gembira. Aqram menghulurkan sebentuk cincin. Tak mampu berkata, aku menganguk dan menghulurkan jari. Aqram menyarungkan cincin. Dia memelukku, mujur kami agak jauh dari orang ramai. Malu aku dibuatnya.

"Terima kasih sayang. Terima kasih kerana maafkan abang, dan terima abang kembali. Abang berjanji. Abang takkan lukakan hati sayang lagi. " janji Aqram membuat aku tersenyum.

"Tapi abang, Lisa risau."
"Lisa risaukan apa?"
"Lisa risau, macam mana dengan Maria kekasih abang? Yelah, siapalah Lisa jika nak dibandingkan dengan Maria. Dia model, berhijab, cantik, boleh kata cukup sempurna." Ya aku akui, Maria sangat cantik. Mana lelaki melihat dia pasti tak akan berkedip mata. Maria seorang model berhijab. Itu membuat aku rasa sedikit tergugat.

"Ohh, sayang takut abang duakan sayang ye? Apa salahnya, abang mampukan. 4 pun abang boleh tauu." usik Aqram seraya mencuit hidungku.

"Kalau abang nak kahwin 4, abang ceraikan Lisa. Lisa taknak berkongsi. Tak sanggup." hampir menitis airmata. Aku terasa Aqram seperti mempermainkan perasaanku. Saat ini, aku memang seperti tamak. Tapi sungguh aku tak sanggup. Kalau tak sudi, janganlah permainkan perasaan aku.

"Eh, ! Sayang janganlah menangis. Abang gurau jee. Sensitif sayang abang ni. Hmm, pasal Maria . Sayang lupakan je. Dia takkan ganggu kita lagi. Antara abang dan dia dah lama berakhir. Itu yang abang cakap balasan. Ya, Maria cantik. Tapi kalau luaran nampak baik, tapi tidak dalaman untuk apakan sayang? " pujuk Aqram .

"Maksud abang apa? Luaran baik? Kenapa berakhir?" Aku sedikit keliru dengan kata-kata Aqram.

"Maria ditangkap basah dengan seorang Dato'. Gara-gara hendakkan job modelling , dia sanggup gadaikan maruah. Sebenarnya dah lama abang tahu, tapi sebab buta dengan cinta. Abang ketepikan apa saja berita yang disampaikan. Sampai abang nampak sendiri, dan Maria ditangkap basah tu pun abang yang buat report. Hehehe.. jahatkan abang? terang Aqram panjang lebar. Baru aku tahu puncanya. Sungguh aku tak percaya Maria macam tu.Tapi yelah, untuk duit buat mata manusia buta.

Setelah seharian berjalan. Kami pun pulang kerumah. Pada ketika ini, sungguh hati aku tenang dengan segala perancangan Allah. Moga hari mendatang, lebih tenang untuk dilalui.

*bersambung part 4.
p/s: maaf jarang update, kurang masa sekarang. Laptop plak buat hal.
Thank you readers.

Sunday, 13 November 2016

LARA KASIH part2

Sambungan..

Lisa tersentak dari lena dengan terkejut dan matanya melihat ke kanan katil dan juga ke seluruh bilik.
"Ya Allah, aku terlepas Subuh. Alhamdulillah rupanya aku bermimpi je dah sah jadi isteri Aqram.Fuhh selamatlah aku mimpi je. Mungkin tu petanda aku patut batalkan persetujuan nak terima dia jadi suami aku. Jadi sekarang, aku kena cepat cepat bagitahu keputusan ni pada Papa dan Mama. "  Lisa bermonolog sendirian sambil termenung.

Sedang Lisa termenung, dia tersentak apabila terdengar bunyi pintu bilik Lisa dipulas dari luar. Namun dia abaikan dan tak berpaling kepintu. Kiranya di fikiran Lisa itu adalah Mama.
" Hah, elok sgtlah tu. Dah bangun lambat, subuh kau pun ntah ke mana. Macam ni nak jadi isteri? Ni ke perempuan yang Ummi puji elok budi pekerti? Hadoi, Ummi.. tengok orang bertudung ingat elok sangatlah perangai. Kau ni memang pandai sangat berlakon baik depan orang kan Lisa?? Dari kecil sampai sekarang. Apa malang aku ni kena paksa kahwin dengan kau?? " bentak si lelaki.

Lisa dengan muka yang masih terkejut segera berpaling ke pintu apabila terdengar suara garau yang tak asing lagi buatnya. Wait! wait! Kahwinn??? What thee.. That's means.. aku tak bermimpi? Aku memang dah sah isteri Aqram?? Sempat Lisa berbicara sendiri didalam hati. Dikala tersedar yang dia tidak bermimpi, Lisa segera melihat ke jari manisnya. Ya, tersarung cincin bertakhta berlian di jarinya. Melihat Lisa seperti serba tak kena, Aqram terus melepaskan marahnya.

"Kau dah kenapa?? Dah jadi biol? Tak betul? Habis kau nak suruh aku tunggu kau berapa jam ni? Baru kau nak habis mengelamun? Kau pergi mandi sekarang. Kita turun sama. Kau ingat ye, depan keluarga kau, depan keluarga aku . Kita pura pura baik. Kita berlakon. Tapi kau jangan ingat aku akan berbaik dengan kau. Pegang kau pun aku jijik tau. Dah cepat sana mandi!" hambur Aqram sambil menolak Lisa.

Lisa tergamam bila tubuhnya ditolak Aqram. Dia tahu, dia tak mampu untuk membalas apa kata sekalipun. Dengan lemah, Lisa segera menurut kata Aqram. Dia berlalu ke kamar mandi setelah mengambil pakaiannya. Didalam toilet Lisa menangis semahunya. Dia kecewa, dia kesal. Dia korbankan rasa cinta pada seseorang hanya untuk memenuhi hasrat keluarga. Hanya untuk mengahwini lelaki yang berada diluar itu. Detik itu Lisa sedar, dia harus kuat. Kuat untuk tempuhi kehidupannya selepas ini.

***

"Haa, dah turun pun pengantin ni. Mari makan sekali Aqram, Lisa." ajak Dato Kamil.

Aqram memimpin erat tangan Lisa menuruni tangga menuju ke meja makan. Jika dilihat, pasti orang lain akan mengatakan mereka bukanlah pasangan yang berkahwin atas dasar aturan keluarga. "Dasar lelaki hipokrit." omel Lisa didalam hati.

"Maaf lambat, buat semua tertunggu. Permaisuri Am ni lambat bersiap tadi. Lena sangat tidur. Penat majlis semalam kot." ujar Aqram sambil mencuit pipi Lisa. Lisa yang terkejut dengan perbuatan tak dijangka Aqram dengan tidak semena menepis tangan itu.

"Ehh, Lisa.. Apa ditepis tangan suami macam tu. Eloklah bergurau mesra. Bertambah erat hubungan tu. Sudah mari makan. "  Datin Laili menegur perbuatan Lisa sambil mengeleng kepala.

Lisa hanya mampu mencebek mulut. Sungguh dia mula rasa benci dengan sikap kepura-puraan Aqram. Bagi Lisa, kalau dah tak suka buat apa berlakon. Biar keluarga tahu, hubungan mereka menanti belah. Sepanjang makan , Lisa hanya membatukan diri . Aqram pula rancak berbual dengan Papa dan Along. Kala itu, Lisa berasa semakin jelak dengan lakonan Aqram. Bermacam kata bermain didalam hati Lisa.

"Aqram, Mama dan Papa nak minta maaf jika Aqram tak setuju dengan perkahwinan ni. Tapi Mama berharap sangat, agar Aqram menjaga puteri Mama ni dengan baik. Sekiranya Aqram tak perlukan dia, Aqram lepaskan dan pulangkan dia pada kami dengan cara yang baik, ye nak."  Datin Laili membuka bicara sesudah mereka selesai bersarapan.

Aqram tersenyum sambil ketawa kecil . "Ish.. Apa Mama ni cakap macam tu? Sekarang Am dah pun jadi suami Lisa. Mesti Am akan jaga dia. Kalaulah Am tak inginkan Lisa, dari awal Am dah tolak rancangan keluarga ni Ma. Cuma sekarang.. Am nak mintak izin Ma dan Papa . Kami dah berbincang, kami nak pindah rumah lagi 2hari. Boleh ye?" 

"Ha?? Bincang? Pindah? Bila kita bincang? Lisa tak ada bagi persetujuan pun." bertalu soalan keluar dari mulut Lisa.

"Sayang, malam tadikan abang ada tanya sayang. Boleh tak kita pindah? Sayang lupa? Sayang sendiri jawab, sayang tak kesah pun. Sayang sedia ikut abang, apa je keputusan abang ." Aqram menutur kata sambil mengengam kemas jemari Lisa.

Lisa sedar makna genggaman dari Aqram. Dengan perlahan Lisa cuba menarik dari genggaman Aqram. Jemarinya rasa sakit di genggam kedap begitu.

Dengan lemah Lisa menjawab "Ohh, Lisa terlupa Abang. Yelah.. malam tadi kita berbincang , Lisa penat sangat. . Lisa okey je, tanggungjawab Lisa berada disisi suami kan?" 

Terkejut dengan keputusan mengejut anak menantu, Datin Laili membantah " Kenapa nak pindah?  Rumah ni besar, banyak bilik. Duduk je sini. Tak payah pindah yee." 

"Ehh awak ni, biarlah. Dorang pun nak ada privacy dorang sendiri. Nak berdikari. Nak belajar hidup berdua suami isteri. Izinkan je la. Takpe Am , Lisa. Papa setuju dengan keputusan kamu berdua." sokong Dato Kamil sekaligus membantah cadangan Datin Laili.

Aqram menarik nafas lega dan tersenyum. Dia lega kerana mendapat sokongan dari ayah mertuanya. Sekurang dia tak perlu memikir apa alasan yang terbaik untuk diberi pada Datin Laili.

Hariz yang hanya memerhati dan mendengar sedari tadi mula mengusik Lisa. "Haii, sunyilah Along lepas ni. Dah tak ada orang Along nak bergaduh. Rugi Along bagi kau kawin dulu, dik. Kalau Along tahu, Along dah setuju bila kau kata Along kawin dulu. Sedih Along macam ni." 

"Haa itulah Along.. aku suruh kau kawin dulu. Kau bantah. Padan muka kau sunyikan aku tak ada." balas Lisa sambil ketawa dibuat-buat. Dia sekadar cuba untuk menghiburkan hati.

***

Sebulan sudah mereka berpindah ke kondo Aqram. Selama sebulan itu juga, mereka tak pernah bercakap. Kehidupan mereka didalam rumah itu tak ubah seperti dua orang asing. Bukanlah Lisa tak cuba untuk berbicara. Tapi setiap kali Lisa buka mulut , setiap kali itu juga Aqram membalas dengan suara yang tinggi. Kesudahannya , setiap kali Lisa ada sesuatu nak disampaikan, dia sekadar melekatkan memo. Lisa sendiri sudah lali.

Lisa seakan sudah boleh menerima cara kehidupan seperti itu. Sementara menanti tawaran bekerja , Lisa memang menjadi surirumah sepenuh masa. Dari bilik, mengemas satu rumah, membasuh pakaian dan memasak. Dia sendiri pelik. Aqram seakan sangat membencinya. Namun, tanggungjawab sediakan semua keperluan Lisa tak pernah diabaikan. Sepanjang Lisa menjadi penganggur terhormat , dia langsung tak kesah. Makanan dimasak Lisa, tak pernah tak disentuh. Selewat mana pun dia balik, pasti akan dijamah juga. Lisa perasan semua itu. Perkara perkara itu jugak membuat dia sering tertanya-tanya.

Sebulan yang lepas..

"Sebaik je kaki kau jejak ke kondo aku ni. Aku nak kau tahu. Segala urusan aku tak berkaitan dengan kau. Kau jangan sibuk nak ambil tahu . Aku kemana ke, pukul berapa nak balik, jumpa siapa. Tu semua bukan urusan kau. Macam tu jugak, aku takkan ambil tahu pasal kau.  Lagi satu , kau nak masak. Kau masak jelah. Tak ada barang, tak ada duit bagitau aku. Oh.. sebelum aku terlupa. Kau nak kerja ke tak, aku tak peduli. Aku tak kesah. Sebab tiap bulan aku akan bagi kau allowances . Aku tetap akan bagi nafkah kau. Jangan risau." ujar Aqram panjang lebar sebaik sahaja mereka berpindah pada hari itu.

Kata-kata Aqram sebulan yang lepas masih jelas diingatan Lisa. Dan dia akui, Aqram berpegang kata . Setiap bulan, Aqram memasukkan amount yang sama kedalam akaunnya. Malah, dia keluar kemana . Aqram tak pernah peduli. Cuma pernah sekali dia tak balik . Aqram hantar pesanan melalui Whatsapp bertanyakan dia dimana.

Memandangkan hari itu genap sebulan dia dirumah itu. Lisa merancang ingin cuba bertegur kembali dengan Aqram. Dia tak peduli apa reaksi Aqram. Dia bersedia. Lisa sedari pukul 5 setia menanti Aqram pulang dari pejabat sehinggakan dia terlena. Jam 6.30 , Aqram pun tiba dirumah. Terdengar bunyi pintu dibuka. Lisa segera bingkas bangun.  Aqram melihat Lisa, tapi dia terus melangkah untuk ke bilik.  Langkah Aqram terhenti apabila Lisa memanggilnya.

"Abang.. err Aqram. Lisa ada sesuatu nak cakap dengan abang. Emm , maksud Lisa dengan Am." tergagap-gagap Lisa menghabis kata. Aqram berpaling dan melihat Lisa dengan pandang yang tajam.

"Dah, kenapa baru hari ni kau nak bercakap dengan aku? Kertas memo kau dah habis? Nak aku beli? Selalunya kau main tampal je kan. Apa mimpi kau hari ni?"  Aqram menjawab. Lisa menarik nafas lega. Lega kerana Aqram tak meninggi suara seperti dulu. Walaupun masih kasar, dia sudah cukup lega tiada lagi tengkingan. Lega dengan situasi membuatkan Lisa tidak kekok untuk meneruskan bicara.

"Lisa , nak ajak abang solat sama . Abang jadi imam Lisa. Boleh? Lepas tu kita makan malam berdua. Lisa masak lauk kegemaran abang. Ummi cakap , abang suka telur masak lemak cili api. Lisa , masak untuk abang."   Hampir melompat kegembiraan Lisa, apabila Aqram bersetuju dengan permintaannya. Dia rasa seperti mimpi . Walau Aqram hanya membalas sepatah kata dan terus berlalu. Lisa yakin dengan pendengarannya. 

Lisa terus berlalu ke bilik yang disediakan khas untuk solat. Dia membentangkan sejadah untuk dia dan juga Aqram. Sementara menanti Aqram tiba. Dia ke toilet untuk mengambil wuduk. Keluar dari toilet, Lisa lihat Aqram telah menunggu dia untuk solat. Lisa tersenyum sendiri. Syukur dan gembira dia tidak bermimpi mendengar jawapan Aqram tadi. Usai solat, Aqram berdoa . "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Sesungguhnya Ya Allah, Kaulah yang maha pengasih lagi maha pengampun. Kau ampunilah aku dan isteriku Ya Allah. Kau tetapkanlah hati kami ya Allah. Kau murahkanlah rezeki kami. Ya Allah kau berikanlah aku dan isteri kesihatan yang baik, zuriat yang soleh solehah, kau maniskanlah hubungan kami. Ya Allah sesungguhnya Kau sahaja  tempat aku meminta. Amin."  selesai sahaja berdoa Aqram menghulurkan tangan kepada Lisa. Lisa yang menangis kerana tersentuh dengan doa Aqram , segara menyalami suaminya itu.

"Abang, Lisa mintak ampun. Lisa tahu, Lisa tak jadi isteri yang baik, sempurna untuk abang. Lisa tak bercakap dengan abang. Lisa tahu, Lisa salah. Tapi abang.. Lisa tak mampu , bila Lisa selalu ditengking . Abang tinggikan suara dengan Lisa. Lisa tak mampu. Saat abang lafazkan akad.. Lisa dah serahkan hati Lisa pada abang. Sebab tu Lisa tak mampu, orang yang Lisa dah cinta seringkali marah, tinggikan suara. Abang, apa yang buat abang bencikan Lisa sangat sangat?? Apa abang? Takkan kerana masa kecil kita , abang berdendam? Jujur dengan Lisa hari ni abang." luah Lisa sambil tunduk menyalami Aqram.

Aqram yang masih terkedu dengan luahan Lisa segera menarik tangannya. "Hmm, awak nak tahu kenapa saya buat macam ni? Awak nak tahu kenapa saya berkasar? Awak nak tahu penyebabnya?? Baiklah. Saya boleh berterus-terang. Sebaik saya berterus-terang. Saya pun nak penjelasan dari awak. Awak tunggu sekejap. " 

Tak lama kemudian Aqram tiba kembali dan melempar sesuatu dihadapan Lisa. Lisa melihat semua yang dilemparkan oleh Aqram. Dia terkejut dan seperti tidak percaya. Sungguh dia tidak percaya.

**** (bersambung part 3)


Thursday, 23 May 2013

Akibat Mengabaikan.

Assalamualaikum, Hai hai semua.Dah lama tak update apa apa entry pun kan. Ni lah AKIBAT  tak update.
Sampai tadi nak login, memikir apa email nye . Adoii, cuak dah. Ingat dah tak boleh dah nak bukak . Ingat dah tak boleh dah nak update. Tapi masih bernasib baik. Masih boleh update macam sekarang. Syukurlah.
Ehhh ,dah kebetulan update ni kan. Meyh nak story sikit. Korang pernah buat job dirumah tak? Erti kata lain JDR . Pernah tak?klik disini http://www.jobdirumah.com/cikeida  Actually nak ajak korang join JDR ni. Korang jangan risau. Benda ni tak tipu. Kalau tak percaya boleh tengok sini 

So dah tengok link link kat atas? Link ke dua tu diowg bincang JDR ni tipu atau tak. Dekat situ korang akan dapat jawapan. Dan tengok banyak blogger yang join. So jangan lah ragu ragu. Joinlah. Tapi pendaftaran RM50. Kenapa RM50 , dekat website dia dah terang kenapa perlu bayar. Tapi kalau tak nak bayar, korang boleh jadi Agent Affiliate JDR ni, yang ni free je. Korang promosi kan link korg.  Tak rugi pun, sebab free kan. Cuba lah buat dulu. Baru kita tahu. After dah jadi agen tu, kalau korang tetiba rasa nak daftar, korang boleh daftar dengan RM30. Actually tu bukan bayaran daftar , tu utk sertai latihan JDR sediakan. Dari RM50 ke RM30 , beza RM20 je. RM20 tu pun duit jugakkan? Kira dah untung lah tu.
So apa tunggu lagi? Join lah sekarang di sini klik sekarang . :)
Ada masa eida story lagi oke. Tata titi. 

Saturday, 2 February 2013

Nak balik Pahang.

Assalamualaikum. Apa khabar semua hari ni? Aku Alhamdulillah sihat walafiat lagi.
Punyalah bersemangat aku bangun awal awal pagi hari ni, sebab nak pergi beli tiket balik Pahang.
Tup tup. Boleh pulak semua tiket habis. Oh my God.! Selalunya tak ada lah sampai macam ni.
Ni semua habis. Tapi aku baru survey 2 kaunter. Tu pun yg selalu aku naiklah. Jap lagi nak pergi survey kaunter lain. Doakan aku okey. Hopefully masih ada rezeki untuk aku. Malas nak menyusahkan family aku. Abang aku kerja, dah tu nak ambil cuti untuk wedding dia yang tinggal lagi beberapa minggu. Tak pasal pasal dah bertambah pening kepala mak aku. Kesian mak. Mak i'm sorry. Tak berniat pun nak buat mak pening. Tak tahu lah nak salah kan sape. Rasa-rasa salah tu datang dari diri sendiri jugak lah kot.
Nasib. Sekarang? How? How?
aRggggggghhhhh.! DAMN!  bencikkkkknye.
Help meeee!


p/s : now tengah tulis tanpa perasaan. :(

Tuesday, 29 January 2013

Lara Kasih.

Aku kini berhadapan dengan seorang jejaka. Dia melamar aku di sebuah taman yang cukup indah. "Lisa, sudikah awak menjadi teman hidup saya untuk selamanya?" jejaka itu melamar aku dengan lembut dan romantiknya, membuat aku jatuh cinta. Saat aku ingin memberi jawapan, tiba tiba .... 
"Lisa! Lisa! Lisa! Heii, anak dara seorang ni nak tunggu matahari terpacak atas kepala baru nak bangun agaknya," terdengar jeritan lantang di muka pintu bilikku dari Datin Zaharah.
"Alaaa, mama ni potong betullah. Baru nak in love sekejap tadi. Mama nii,". Jawab aku sambil menenyeh kedua-dua mata.
"Baru nak in love? Wahh! Anak mama ni nak kahwin dah ke? Baguslah tu. Mama pun ada hal nak beritahu. Cepat bersiap. Masa sarapan, mama bagitahu. Papa tengah tunggu di bawah. Hurry.! Okey, dear," panjang sungguh mama bercakap.

***

"Morning papa, mama, along,".
"Hah, bangun dah pun anak dara papa ni. Apalah Lisa ni. Tengok along yang lelaki ni pun bangun awal pagi tau. Malulah sikit," Along mula berceramah. Aku tahu dia suka cari pasal dengan aku. Biarkan dia.
"Along, jangan mula okey. Depan rezeki ni kan? Mama tak suka,".
"Hahaha, padan muka along. Werkkk,".
"Sukalah kau kan? Mama ada nak back up kau? ," .
"Okey , okey semua. Dengar sini. Papa ada berita nak disampaikan. Mungkin hal ni berat untuk Lisa,".
"Lisa? Kenapa Lisa pula , papa?,".
 Kenapa rasa hati mula tak tenteram ni. Apa yang papa nak bagitahu ni. Muka mama pun macam risau je. Sabarlah hati. Alahh, tak ada apa-apa kot. Sambung makan je lah.
"Papa, sebenarnya nak kahwinkan Lisa dengan Aqram anak Datuk Sulaiman tu. Kebetulan Lisa pun dah habis Diploma kan? Lisa kenal kan Aqram tu? ,".
Tersedak aku yang tengah asyik makan kuih karipap buatan Mak Jah.
"What??? Aqram, papa? Why Aqram? Why I must married with him?," bertalu-talu soalan keluar dari mulut aku.
 Sungguh aku tak dapat terima permintaan papa. Mama pun tahu yang Aqram tu musuh ketat aku dari sekolah lagi. Sejak kecil sampailah sekarang tak pernah nak bersenyum atau berbaik. Kenapa aku mesti kahwin dengan dia pulak? Ni yang aku musykil.
"Let me explain first , okey dear. Sebenarnya Lis dengan Aqram dah pun papa dan mama tunangkan sejak kamu berdua kecil lagi. Kami berjanji akan kahwinkan kamu selepas kamu berusia 22 tahun. Jadi, inilah masa yang sesuai, sayang. Boleh kan?, ".
Penjelasan dari papa. Membuatkan hati aku di pagut kecewa dan dalam masa yang sama serba salah dengan permintaan kedua orang tua aku. Mendengarkan papa dah memanggil namaku "Lis" , itu bermakna papa ingin memujuk dan merayu. Oh Tuhan.! Tolong Hambamu ini. Aku keliru, Ya Allah.
"Papa, mama. Kenapa tak along je yang kahwin dulu? Kenapa Lisa? Lisa muda lagi papa. Along dah umur 28  , papa. Takkan along nak jadi bujang terlajak umur pulak? Takkan Lisa nak langkah bendul pulak?,".
Aduh.! Apa yang keluar dari mulut aku ni? Merapunya alasan. Sumpah tak logik alasan aku bagi.
"Ehh. Ni dah lebih. Sebab kau nak kena kahwin , along pulak yang terlibat. Tak ada , tak ada. Along memang nak tengok adik along yang cun ni kahwin dulu,"sambil tersenyum dan siap kenyit mata lagi along meluahkan kata.
Wahh, kau along. Kalau bab nak kenakan aku. Cepat je kau kan. Tunggu kau.
"Sayang, bukan kami tak nak kahwinkan along. Cuma , kami nak utamakan anak perempuan kami dulu. Along lelaki. Kahwin lambat pun tak jatuh saham dia. Lagipun ni janji keluarga , sayang. Please honey. Ini saja yang kami nak Lisa lakukan untuk kami,".
Sayunya mama berkata. Ni nak trick aku lah ni. No! No! No! Jangan mudah terpedaya Nur Kharlisa Datuk Kamil.
"Okey, mama dengan papa . Give me one day to think about it , okey? Apa pun keputusan Lisa lepas tu, mama dengan papa kena terima dengan hati terbuka. Boleh?,".
Wahh! Syarat kau ideal sungguhkan Lisa. Sambil tersenyum. Aku masih menanti jawapan Papa dan Mama.
Nampak papa dan mama senyum. Ada peluang ni. Fuhh.! Lega.
"Baiklah. Papa dan mama akan bagi masa untuk Lisa. Tapi Khamis pagi kami nakkan jawapan. Sebolehnya jawapan yang positif,".
Erk. Alamak mereka masih mengharap. How , Lisa? How?
"Okey papa, mama,".
Tak apa sekurangnya ada masa untuk aku bertenang.

***

Alamak. Dah hari khamis. Cepatnya. Aku tak bersedia nak  bagi jawapan. Mesti mereka dah menanti di bawah. Matilah aku. Cool okey Lisa.
"Good morning all," sapa aku sambil cuba buat muka seperti tidak ingat apa apa. Namun jelas di raut ketiga-tiga insan yang aku sayangi ini. Mereka menanti sebuah jawapan dari aku.
"Kenapa semua diam? Kenapa tak jawab Lisa sapa tadi? Papa? Mama?,".
Ni aku keliru ni. Kenapa dengan semua orang? Pelik, pelik.
"Sayang, Lisa lupa ke? Hari ni kan kita nantikan jawapan dari Lisa,".
Mama mula menerangkan. Macam mana ni. Okey, tetaplah kepada keputusan aku.
"Hurmm, susah Lisa nak bagi jawapan mama,".
"Tak apa sayang, kalau tak boleh kami faham,".
"Bukan mama. Lisa, Lisa, Lisa setuju dan terima permintaan papa dan mama,".
Eh, apa yang keluar dari mulut aku ni? Mama dah bagi peluang. Kenapa aku sia-siakan? Tapi jelas terpacar keceriaan dari wajah mereka semua. Tak apa lah. Mungkin sudah suratan ini hakikatnya. Aku terima.
Semalam, selepas semua orang tidur. Aku membuat solat istikharah. Memohon kepada Allah agar bagi padaku jawapan yang pasti. Sehinggalah aku tertidur di tikar sejadah. Aku juga bermimpi yang ada satu orang yang tidak aku nampak wajahnya memberi aku satu kertas. Kertas itu tertulis "Terimalah dia. Dia jodoh untukmu". Sehinggalah terdengar azan subuh. Tersentakku terjaga. Mungkin inilah salah satu petunjuk. Kata-kata yang terlepas dari mulut tanpa sengaja. Mungkin benar dia jodoh untukku.

***

"Aku terima nikahnya Nur Kharlisa Binti Datuk Kamil dengan mas kahwinnya sebanyak 80ringgit tunai,".

Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Aqram Nazrin Datuk Sulaiman. Berderai air mataku jatuh.
Bukan kerana sedih kahwin kerana terpaksa. Tapi kerana hati mula jatuh cinta saat mendengar lafaz nikah dari mulut Aqram sebentar tadi. Sungguh aku bertekad aku akan belajar menyayangi, mencintai dia serta menjadi isteri yang solehah.

"Tahniah sayang. Selamat pengantin baru,". Mama memeluk dan menciumku. Tak apalah , biarlah ini menjadi satu pengorbanan aku sebagai anak untuk kebahagiaan orang tuaku.

"Terima kasih mama," balasku sebak.

***

Usai tamat majlis dan jemputan pulang. Aku terus melangkah ke bilik untuk menukar pakaian. Sungguh aku rimas dengan pakaian pengantin ini. Sedangkan aku asyik mencari baju yang sesuai untuk dipakai. Pintu bilikku dipulas dari luar. Aqram masuk dan terus berlalu ke katil tanpa memandang ke arahku. Aku pun biarkan sahaja. Mungkin masih penat. Tiba-tiba...

"Kau jangan ingat , aku berkahwin dengan kau kerana aku suka kau. Tak pernah aku nak suka malah jauh sekali nak jatuh cinta pada kau. Aku takkan anggap kau isteri aku, dan hubungan ini takkan lama. Jadi jangan bahagia sangat. Kau faham? Ingat tu.! ,".

Bunyi seperti satu peringatan untuk aku. Terasa bagai satu batu besar telah menghempap kepala aku pada saat itu. Ya Allah! Dugaan apakah kau berikan untuk hambamu yang lemah ini , Ya Allah.

"Abang, kenapa abang cakap macam ni? Kita sudah sah berkahwin abang. Tak boleh ke kita buang perasaan benci dan cuba belajar untuk saling melengkapi?," perlahan aku cuba menutur kata.

"Kalau aku tak suka, aku tak sukalah! Disebabkan kau, aku terpisah dengan Maria. Disebabkan kau yang bodoh. Tolonglah jangan panggil aku abang. Aku jijik. Aku geli. Aku nak ingatkan kau. Hidup kau, hidup kau dan hidup aku, hidup aku. Kau faham? Kau nak buat apa, kau buatlah. Kau nak keluar mana pun ikut kau. Dan yang paling penting jangan ganggu hubungan aku dan Maria. Kau faham tu?,".

Lantangnya dia bersuara. Mujurlah pintu bilik ditutup. Jatuh berjuraian airmataku. Cinta dan kasih yang baru mula ingin bercambah kini bagai tertimbur disebalik kata-kata Aqram. Kejam kau Aqram. Sungguh kau kejam. Baiklah, demi kebahagiaan kau. Aku terima.

"Baiklah, saya terima arahan dari abang. Tapi tolong jangan ceraikan saya,".

"Baguslah kau terima. Kau jangan risau. Aku takkan ceraikan kau sekarang. Tapi nanti,".

Sambil tersenyum kemenangan, Aqram berlalu tanpa menghiraukan aku. Ya Allah, hambamu ini tak cukup kuat untuk menghadapi dugaan ini. Bantulah hambamu ni, bagilah hambamu ini kekuatan.

*** (Bersambung okey, penat. :) )

Sunday, 27 January 2013

Perubahan...


Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Rasanya dah lama sangat tak update apa apa kat blog ni. Berhabuk tak ehh? 
Jap jap nak check. Aduhh hari ni penat sangat. Lama giler pergi keluar beli brg keperluan. 
Banyak pulak tu. Sampaikan susah nak bawak, sakit pinggang pinggang. Cadangnya lepas balik tu nak buat mantou. Tapi nak buat apa nya bila dah penat macam ni kan? Dapat baring ni pun dah nikmat. Dah dengan ada quiz esok. Boleh pulak otak rasa malas sangat sangat. HAHAHA. 
Okey back to the real story. Perubahan? Bagi korang perubahan tu macam mana? Bagi aku dia dari pelbagai aspek. Boleh jadi baik ,boleh jadi jahat. Setiap orang berhak untuk berubah. Sedangkan pasir pantai di laut boleh berubah, ini kan pula manusia. Ye, dok? Tapi kalau jahat tu tak  di galakkan lah kot. :)
Berubah nak jadi baik pun bukan senang kan? Nak jadi pelajar yang rajin pun bukan senang. 
Tapi perubahan aku ni, dah lama pun aku impikan. Cuma masa dan saat tu belum lagi tiba masa tu. 
Bila aku tengok, fikir. Tipu kalau cakap tak terdetik dalam hati nak berubah. Mestilah nak. Duduk sesorang pun aku fikir kan hal ni. Sampai one day tu , duduk sesorg, semua orang tidur. Aku tekad. Nak berubah. 
Perubahan bagaimana? Biarla orang sekeliling aku yang tahu dan paling penting hanya Dia yang tahu. 
Ikhlas atau tidak aku, semua atas penilaian Dia. Bukan orang sekeliling. Mungkin orang boleh cakap aku berubah kerana tengok orang berubah. Tapi itu semua bukan. Hakikatnya aku sudah terlebih lama ingin berubah. Cuma aku yang terlambat.
Doa kan perubahan aku ini berpanjangan dan menjadi satu penghijrahan untuk diri aku insan yang kerdil ini . *memang kerdil pun. ;)

                          

Wednesday, 16 January 2013

Hari yang amat amat ...

Assalamualaikum, selamat petang. sempat jap nak update sebelum cerita Setia Hujung Nyawa mula.
Actually tak ada apa nak cerita sangat, cuma hari ni hari yang sangat sangat ada gembira, ada gementar nya.
Ceritanya macam ni, mula mula tadi ada kelas Investment. Minggu lepas kan aku ada ujian. Jadi kelas ni dapat lah keputusannya. Dan Alhamdulillah tak mengecewakan, aku dapat full mark. Lega lah bila satu dah lepas. Tapi Malaysia Economic dapat 66% je, tapi oke lah dari fail kan.
                                                  
Pastu tadi ada buat presentation untuk kelas Malaysian Economic. Masa present tu takot gementar,. Sejuk tangan punya takut. . Pastu ada pulak insan  yang mengjengkelkan. Aku dengan kengkawan present. Mungkinlah tak berapa nak pandai nak bagi penerangan cuma sedaya mungkin akan buat semua faham.
Tapi tak perlu nak mengutuk, nak buat muka dengan aku. Hangin betul aku tengok muka kau.
Kau nak faham macam mana? Kalau dah kau pergi berborak dengan kawan kau tu? Kalau tak faham sekali pun tanya betul betul apa yang kau tak faham. Ni kutuk kutuk apa kes ? Geram betul aku. Memang aku hangin sangat tadi. Sabar habis mungkin dah tadi.
Cerita pulak pasal Human Resource, kelas yang sebelum ni  kami dah pun kena marah dengan Sir Rafizi . Sebabnya keputusan mengecewakan. Jadi dia mintak jumpa dia personally untuk tahu mark. Jadi tadi pergilah dengan teman seperjuangan Sakinah Samsuri. Pergi jumpa dia. Nasib baiklah boleh masuk dua dua. Dah jumpa, boleh pulak sir main gertak gertak. Dah cuak dah ni. Pastu dia bagi Alhamdulillah 68%. terkilan sikit sebab dah tak banyak nak cecah A-. Jadi cakaplah dengan sir apa masalah kami ni. Lemah dalam nak elobrate satu satu point tu. Boleh kebetulan mark sama pulak dengan Sakinah. Sir cakap "meniru ehh?"
Ehhh, kami tak meniru pun. Markah kat setiap soalan pun berbeza okey. Hehehe.
So, semua dah setel untuk hari ni. Tinggallah presentation Critical Thinking dan keputusan Organizational Behavior. Dah hilang cuak, takot, gementar , risau semua tu. Bila ingat ada lagi dua benda ni perasaan tu takot balik. Waaaaaa,~
Ni yang nak nangis nih. :')
Tu je nak cerita. :)
Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae