Wednesday, 19 December 2012

Ohhh Tidakkk.! :(

Assalamualaikum semua.
Hai , apa khabar hari ni? Kalau khabar baik. Alhamdulillah. Kalau tak, tak pe hapus dosa dosa kecil kan.
Aku pun bukan lah khabar baik sangat pun. Sebab aku sendiri dah demam demam semalam. Hari ni pulak,
naik bintik bintik air dekat badan, tangan. Kata housemate aku, mungkin aku kena Chicken Pox.
So, dari Encik Google aku dah search macam mana boleh dapat penyakit ni.
Jadi antara info yang aku dapat , seseorang akan mendapat jangkitan ini selepas 2 minggu terdedah dengan mereka yang terkena jangkitan. Jadi beberapa minggu lepas budak rumah aku dah kena iaitu
CIK LIN RAE. 
Aku ,  tak ada lah nak kata kena sebab Cik Lin. Lagipun aku ni memang antibody tu lemah yang teramat sangat.
Nasib aku lah .  Jadi aku pun call mak aku. So ni nasihat dari ibu tercinta. :

  • Jangan kena hujan.
  • Jangan makan benda yang gatal.
  • Jangan garu garu.
bla. bla. bla. banyak lah jugak. tapi tu je yang penting kot. :P
Nanti aku cerita lagi. Sebab sekarang aku dah bertambah gatal.

                                      
okey, muka sedih tak boleh main hujan. Nak letak pic sendiri memang tak lah. :)
Credit to my housemate : Cik Aien Rae, Cik Lin Rae, Cik Ziera Rae, Cik Sha Rae, Cik Mimiey Rae, Cik Idayu Rae, Cik Nisa Rae. Terima Kasih kerana mengambil berat. Sayang korang. <3

Saturday, 15 December 2012

For the Second Time

Assalamualaikum semua readers. 
Haii. Apa khabar hari ni? Harap semuanya sihat sihat dan masih gembira di bumi Allah ni. 
Today, masa untuk lepaskan tension. So, nak story pasal tadi me and Rae's group pergi ke Majlis Jubli Emas Tunku Besar Tampin. Happening tu of course lah ada. Bosan tu sikit, biasa lah kalau dah majlis macam tu mestilah penuh adat istiadatnya yang kena follow step by step, ye dok?
Ok ok, story mory ni dah kali kedua pergi majlis macam ni. Tapi dulu tak lah macam ni. Sebab ni pergi dah besar , dengan kengkawan boleh snap sana, snap sini.
Haa kalau dah bab snap snap ni, memang lupa dunia lah kan. Jadi tak nak cerita panjang, aku postkan picture yang dah diambil. <3
okey ni kengkawan aku, Rae's group. :)
o0ps.! nampak tak muka muka teruja jumpa YAM Tunku Isteri Sharlita?

okey, ini student student tempat aku study yang pergi jugak majlis tadi.

ni lah gayanya, kalau dah bergambar tak ingat dah orang lain.


okeylah tu je untuk story mory pasal majlis ni. :)
Terima Kasih luangkan masa untuk membaca. 

Friday, 14 December 2012

Cinta Tak Direstui.

Assalamualaikum dan selamat petang kamoo kamoo sekalian.
Haaa, nampak tak apa yang tertulis di tajuk? Sentap kan kalau ada yang pernah rasa.
Same goes to me. Hurmm, serabutnya kepala bila memikirkan soal ni.

  
Yang tak restu sekarang bukanlah family aku, tapi mak dia. Aku pun tak tahu lah kenapa. 
Mak dia tak restu bukanlah sebab tak suka aku, tapi mak dia dah suka dekat orang lain.
Mak dia dah lebih dulu termakan budi. 
Kalau lah korang ada dekat tempat aku kan, korang nak terus bertahan atau give up?
Aku sendiri dah bercelaru. Hubungan kami okey, cuma sejak berkaitan mak dia suruh dia kahwin dan bertunang dengan orang lain ni . Hubungan kami dah jadi bermasalah. 
Tapi tu lah, kami sedaya upaya cuba faham situasi masing masing. Masalahnya sampai bila kan?
Bagi aku pendapat korang please. ? :(

Thursday, 13 December 2012

It is awesome day.!

Assalamualaikum dan selamat malam. ;)
Hai hai hai. Tido dah belum? But i'm so sure that, yang ramai dah tidur masa aku update benda ni.
Actually hari ni not so awesome. coz semalam Malaysia dah kalah dengan Thailand gara gara referee yang berat sebelah. Sebenarnya bukan salah referee je, corak permainan pun memainkan peranan.
Ehh, sudah sudah. Tak pasal pasal aku menangis macam tengok Fadhli Shas menangis semalam.
How dare you si K-Pop bagi kad merah dekat Fadhli. Huh.!

                                                 
Sungguh membuat aku kecewa.! (Hey stop it eida. Kau update nih bukan untuk story about football okey) 
*tampar diri sendiri.
Actually, nak cakap pasal tarikh 1 Safar 1434 atau dalam bentuk lain 1/2/34 . Lawa tak tarikh tu? dalam kalendar islam ok. and the most important and make it awesome , tarikh ni pada hari Jumaat.
Dan sempena tu, aku mohon maaf andai kata aku nih ada lah gurau lebih lebih. kasaq ka, apa ka. aku tak pasan kot. harap hampa maafkan aku naa. :(

                              
Okey all, tu je sebenarnya. Maaf ambil waktu.  Dan selamat malam semua . Tidur tidur. :)

Perasaan.

Assalamualaikum.
Haii, update entry baru. Tujuannya bukan nak suruh orang follow blog aku ke,
suruh orang baca cerita aku ke. Bukan dan bukan.! Faham?
Ehh, bukan marah tu. Saja saja nak type macam tu. Sebab tu orang kata cara menaip melambangkan perasaan. Kadang kadang tu tak. Saja nak berlakon je.
Ok ok dah merapu meraban. Aku dah tak mampu nak bercerita dengan siapa siapa lagi.
Jadi gunakan blog sebagai medium meluah rasa.
Ok sekali lagi merapu. Kita ke pokok pangkal nya balik.
Sebenarnya perasaan aku sekarang ni tengah macam ni
                                               
Haa faham tak? tu maksudnya Hati Hancur Remuk. Bukan sebab si dia curang, bukan sebab putus cinta.
Tapi sebab lain. Aku fikir patut ke aku bercerita??  Sebab aku tak boleh hadap ni sorang walaupun aku tahu dia lagi terseksa.
Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae