Friday, 14 December 2012

Cinta Tak Direstui.

Assalamualaikum dan selamat petang kamoo kamoo sekalian.
Haaa, nampak tak apa yang tertulis di tajuk? Sentap kan kalau ada yang pernah rasa.
Same goes to me. Hurmm, serabutnya kepala bila memikirkan soal ni.

  
Yang tak restu sekarang bukanlah family aku, tapi mak dia. Aku pun tak tahu lah kenapa. 
Mak dia tak restu bukanlah sebab tak suka aku, tapi mak dia dah suka dekat orang lain.
Mak dia dah lebih dulu termakan budi. 
Kalau lah korang ada dekat tempat aku kan, korang nak terus bertahan atau give up?
Aku sendiri dah bercelaru. Hubungan kami okey, cuma sejak berkaitan mak dia suruh dia kahwin dan bertunang dengan orang lain ni . Hubungan kami dah jadi bermasalah. 
Tapi tu lah, kami sedaya upaya cuba faham situasi masing masing. Masalahnya sampai bila kan?
Bagi aku pendapat korang please. ? :(

2 comments:

  1. Cinta yang tak direstui ibu bapa tu sentiasa menjadi penghalang antara cinta 2 insan ,rasanya memang eloklah cuba memenangi hati mak si dia .mungkin mak dia dah perhati kat anak kawan dia terlalu lama sehingga berkenan dihati,buat masa ni awak terus kan hubungan awak dengan si dia ,sebab jodoh kan kat tangan Allah SWT ,banyak2 kan lah berdoa supaya di bukakan hati mak si dia .insyaAllah ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. mudah mudahan mak dia lembut hati. dalam proses mengenali mak dia. Terima Kasih atas nasihat. Really appreciate it. :)

      Delete

Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae