Saturday, 5 January 2013

Air Mata , Mahal atau Murah?

Assalamualaikum, selamat berhari minggu semua. 
Cuti cuti ni mesti ramai yang keluar kan , release tension, window shopping bagai kan?

okey, berbalik kepada tajuk entry hari ni. Bagi korang lah kan, air mata korang tu mahal ke tak? kalau mahal kira macam mengalir sebab hal hal tertentu je. kalau murah mengalir bila menagih simpati. macam untuk penipuan macam tu. ehh, betul ke penilaian yang aku bagi ni?
err, kalau salah mintak tunjuk ajar ye. 

sebenarnya aku buat tajuk ni bersebab. hati aku tengah sengsara. 
aku tengah dilanda kesedihan. bengkak mata aku. chop.! air mata aku mengalir bukan sebab yang remeh. tapi mengalir sebab aku di tinggalkan oleh orang yang aku sayang dan cintai. okeylah, aku mengaku yang hubungan ni terputus pun sebab kan diri aku sendiri dan sikap aku sendiri. 
Dia insan yang cukup baik, banyak bersabar dengan aku cuma aku tak boleh dikongkong. Bila dah di kongkong mula lah aku menipu. Chop.! bukan tipu apa okey, tipu yang aku memang langsung tak ada mesej lelaki lain. Bayangkanlah, aku nak mesej as a friend pun tak boleh ke? 
kawan je kot. sebab kan tu lah aku menipu. Tapi dia lagi pandai dari aku, di sebabkan akak dia kerja dekat celcom centre dia pun ambil peluang tu untuk keluar semua mesej mesej yang aku hantar keluar. 
Jadi dia tau lah aku tipu. start dari tu, mula lah pergaduhan. Dia ungkit pasal lelaki yang 7 tahun tunggu aku semua tu. Heii, aku kalau nak kat laki tu, dah lama lah . sebelum kenal dia pun aku boleh couple ngn laki tu dah. 
Tapi nevermind. tu lah yang di nama kan jodoh. Be a strong girl ok Noor Hidayah.!

Aku nak cakap ni, kalau dah kerja sebagai khidmat pelanggan dekat mana mana tempat tak kesah celcom,maxis ke apa. Tolong jujur. Kau tak boleh keluarkan data data seseorang pelanggan tu sesuka hati kau.
Tambahan pulak di mintak oleh bukan tuan empunya diri tu sendiri.
Sekatang ni time to happy. Aku nak lupa kan semua ni. Cukup dua hari aku berendam air mata. Kalau dah bukan jodoh. Nak buat macam mana kan?
Yang pasti kau tetap kenangan untuk aku. :)  
                                                                         

                                               
maafkan saya awak. Semua salah saya. :'(

No comments:

Post a Comment

Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae