Sunday, 13 January 2013

Berkawan dan Bercinta??


Assalamualaikum, selamat petang. Nak kena taip laju laju ni. Sebab dah nak dekat maghrib. 
Sedang sedang meng"online"kan diri. Jenguk blog sana, blog sini. Tiba tiba terbacalah satu entry dekat blog Sochai . Bila baca entry ni lah dapat terus idea nak update tajuk ni. 
Selalu yang aku dengar, ramai orang cakap berkawan selepas bercinta paling susah nak dicapai. 
     
             
Walaupun kedua dua pasangan yang putus ni nak berkawan. Tapi tak dapat teruskan pasal salah sorang akan mendiam kan diri. Tahu ramai yang akan setuju. Tapi bagi aku lah kan., tak semestinya hubungan berkawan selepas bercinta ni gagal. Sebabnya, aku dengan ex boyfriend aku masih lagi kawan sampai sekarang. dah hampir 6 tahun selepas putus cinta tu. Kami masih lagi rapat, dan kalau aku ada masalah dengan boyfriend aku , dia akan jadi penasihat terbaik untuk aku. Jadi tak mustahilkan korang boleh je bina hubungan sebagai sahabat selepas percintaan korang tu gagal. pokok pangkalnya hati kita sendiri je. 
Lagi satu orang sering je cakap , lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik. Mesti nanti bercinta.
Tak jugak, kalau kena pada orang yang tak boleh nak terima lelaki yang dah jadi sahabat. kekok nak tukar persahabatan tu kepada hubungan yg lebih serius. Takkan terjadi nya percintaan tu. 
Hidup setiap orang tu berbeza. Dan berbeza jugak cara penerimaan setiap orang.
p/s : ada je orang yang cakap, ntah ntah ex bf yang dah kawan 6 tahun nak masuk 7 tahun tu jodohnya kot. Tak tahu nak cakap lah. :)

No comments:

Post a Comment

Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae