Saturday, 5 January 2013

Bila dah penat.. Emosi tak menentu.

Assalamualaikum semua, selamat malam. 
Hai dah malam malam ni bosan pulak. Alang alang dah tak tahu nak buat apa kan so dapat idea nak update 
pasal emosi. :)
Ceritanya macam ni, hari Jumaat hari tu aku kena dapat kan cop kamsis  , kewangan semua. Haa , apa? Tak tahu apa kamsis? Kamsis tu kediaman siswa siswi. Jadi aku ni duduk dalam kolej. Jadi kena dpatkan cop kamsis ni. Nak tanya lagi? Cop tu utk apa? Cop tu untuk aku lepas masuk ujian 1 minggu depan ni.
Jadi nak di jadikan ceritanya kan. Punye lah berasak asak nak dapat cop ni dari hari rabu lagi actually dah mula berasak. 

                                     

tengok gambar, macam ni lah berasaknya. macam nak beli tiket perlawanan
bola dah. Credit gambar to Hijau Mohd Safuan. 


Okey, berbalik kepada cerita okey,  Hari jumaat tu aku pun turun lah awal dengan housemate aku Cik Aien Rae . Kitowg turun ada dalam pukul 8.45 pagi macam tu. Tunggu punya tunggu yang tukang cop tak jugak muncul. Sampai tanya pukul berapa sampai. Cakap pukul 10 pagi. Tunggu lah lagi, kaki jangan cakap lah 2 jam berdiri sakit lenguh. tapi tak nak berasak ramai ramai sgt tunggu je lah. Tapi biasalah janji melayu, pukul 11 baru dia sampai. Pukul 11 sampai tak boleh terus dapat cop. dia cakap tunggu pukul 12.30. Ya Allah masa tu dah panas sangat. Berapa jam nak aku berdiri lagi ni kan. Cuba bertahan dan sabar. Tiba tiba kawan aku mengamok. Dia ketuk pintu kuat kuat dan dia menjerit cakap lambat. Insan yang jadi tukang cop tu pun bukak pintu tanya sape yg buat. Kawan aku rilex mengaku dia. Jadilah perbalahan kecil. cakap tak boleh sabar ke, kawan aku diam. aku geram aku jawab dalam 3 ,4 jam tunggu penatlah. dia pun berlembut balik cakap tunggu sekejap. Bila dah penat kami pun bergilir gilir berdiri. Dekat2 nak masuk tu, Adalah sorg insan lelaki yg badan kecil ni sound aku ngn kengkawan. Ingat kitowg ni junior kau ke? Ni antara perbalahan nya. 
A : nak lintas baris aku pun agak agak lah, aku penat tunggu ni.
Aku : aku yang dah 3,4 jam tunggu nak cakap aku lintas plak.. nak sound sound depan tak payah   
          sindir tepi.
A : ehh, terasa ke?
Cik Aien : ntah nye, kau nak sound sound lah depan depan. kitowg dah terpacak dari pagi lagi.
Kawan A : kitowg dah tunggu dari pukul 3.30 pagi.
Aku : warhh, kau tak sembahyang subuh ke? nak cakap tu biar lah beralas sikit. Yang pengurusan 
         ni, bila aku dah last2 semester baru nak buat mcm ni kenapa? 
Cik Aien : saja nak menyusahkan kita. macam tu lah.
Bila dengar kami cakap pasal last semester yang SI A tu cepat cepat cakap macam ni " maaf ye akak , kalau terasa tadi "
Kau dah rilex sound. nak mintak maaf. Okey tutup cerita pasal tu. Si A pun dah mengalah sebab dia salah masuk barisan. Tinggallah kawan dia. Aku pun cuit kawan Si A ni. Aku cakap mcm ni 
Aku : boleh bagi kami masuk dulu? dah 4jam tunggu ni.
Kawan Si A : AKU  pun dah 4jam tunggu ni . tade2.
Aku : ehh, beraku pulak. Setahu aku 4jam aku berdiri tade plak aku nampak muka kau.
Terus si budak ni diam. and pintu terbukak . dia nak masuk. akak ni tahan. akak tu tanya dia masuk utk apa. dia jawab nak cop. akak tu kata saya nak panggil yg dah tinggalkan kertas. jadi kenalah halau keluar balik dan mulakan semula di barisan yang panjang.
Jadi aku dan kengkawan lah yang dapat dulu. Tu orang kata, org yang buat jahat ngn org lain mesti dapat balasan. tu balasan dia.
Pasal aku pulak jangan buat aku marah, kalau aku tengah panas dan penat. Memang aku melenting.
Bukan nak tunjuk senior ke apa. Faham?
ni lah kolej aku Unifield Technology College.
Nanti aku cerita pasal tempat aku belajar ni.! :)
Bye, Salam.

4 comments:

  1. HAHA takpe tinggal setahun lagi kat sini, pastu bakar jewk kaunter uhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat nak bakar, nak kasik bom atom terus hancur. HAHA.

      Delete
    2. HAHA sengal lahh. tu lahh college kesayangan kita. :)

      Delete

Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae