Thursday, 10 January 2013

Hidup Itu Tak Pernah Sempurna

Hidup itu tak pernah sempurna? siapa yang kata? tak ada yang berkata. Tapi ramai yang mungkin beranggapan macam itu. Walhal, hidup itu sentiasa sempurna jika kita pandai menyempurnakannya. 
Sempurna itu datang dari kita sendiri. Bagaimana kita mencorak kehidupan kita, begitulah yang terjadi.

                                              
Hayati erti sebenar sebuah kehidupan. :)
Jika olahan dari sentuhan warna warna yang ceria kesempurnaan itu akan tercipta. Hidup ni sama macam sebuah lukisan. Sebuah lukisan tu kadang kala kita nampak indah sempurna. Tapi rumit untuk dicorak. Jika sikit kesalahan dalam pencorakan masih mampu untuk kita tutup atau sembunyikan kesalahan tu. Tapi kalau besar kita tak mungkin akan mampu untuk menutupnya. Tapi kita mungkin mampu untuk mencorak kembali tanpa mengulang kesalahan yang sama. Nampak tak samanya kat situ? Tak nampak? Maksudnya, kehidupan kita ni kita yang akan mencorakkan nya sendiri. Sempurna ,tak sempurna, indah, tak indah semua tu datang dari kita. Kalau kita buat kesalahan kecil kita mungkin mampu nak tutup kesalahan tu. Tapi bila kesalahan yang besar. Kita tak boleh terus jatuh dan merasakan diri kita salah. Tapi kita corak kan balik kehidupan kita dan tekad tak nak ulang lagi kesalahan kita tu. 
Manusia sekeliling kita , mungkin sukar nak terima diri kita selepas kesilapan dan kekurangan kita dia tahu.
Tapi "Who's care?" (pinjam ayat Sir Rafizi jap) . Keredhaan, keberkatan dan kemaafan di sisi Tuhan itu yang perlu kita cari terlebih dahulu.
Siapa diri kita sebelum ni, hitam atau putih semua itu masa lalu yang kita boleh jadikan iktibar dan pengajaran.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa lampau. 
Jadi jangan down ok kengkawan yang ada masalah. ! Chill. Senyum. :)

No comments:

Post a Comment

Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae