Tuesday, 29 January 2013

Lara Kasih.

Aku kini berhadapan dengan seorang jejaka. Dia melamar aku di sebuah taman yang cukup indah. "Lisa, sudikah awak menjadi teman hidup saya untuk selamanya?" jejaka itu melamar aku dengan lembut dan romantiknya, membuat aku jatuh cinta. Saat aku ingin memberi jawapan, tiba tiba .... 
"Lisa! Lisa! Lisa! Heii, anak dara seorang ni nak tunggu matahari terpacak atas kepala baru nak bangun agaknya," terdengar jeritan lantang di muka pintu bilikku dari Datin Zaharah.
"Alaaa, mama ni potong betullah. Baru nak in love sekejap tadi. Mama nii,". Jawab aku sambil menenyeh kedua-dua mata.
"Baru nak in love? Wahh! Anak mama ni nak kahwin dah ke? Baguslah tu. Mama pun ada hal nak beritahu. Cepat bersiap. Masa sarapan, mama bagitahu. Papa tengah tunggu di bawah. Hurry.! Okey, dear," panjang sungguh mama bercakap.

***

"Morning papa, mama, along,".
"Hah, bangun dah pun anak dara papa ni. Apalah Lisa ni. Tengok along yang lelaki ni pun bangun awal pagi tau. Malulah sikit," Along mula berceramah. Aku tahu dia suka cari pasal dengan aku. Biarkan dia.
"Along, jangan mula okey. Depan rezeki ni kan? Mama tak suka,".
"Hahaha, padan muka along. Werkkk,".
"Sukalah kau kan? Mama ada nak back up kau? ," .
"Okey , okey semua. Dengar sini. Papa ada berita nak disampaikan. Mungkin hal ni berat untuk Lisa,".
"Lisa? Kenapa Lisa pula , papa?,".
 Kenapa rasa hati mula tak tenteram ni. Apa yang papa nak bagitahu ni. Muka mama pun macam risau je. Sabarlah hati. Alahh, tak ada apa-apa kot. Sambung makan je lah.
"Papa, sebenarnya nak kahwinkan Lisa dengan Aqram anak Datuk Sulaiman tu. Kebetulan Lisa pun dah habis Diploma kan? Lisa kenal kan Aqram tu? ,".
Tersedak aku yang tengah asyik makan kuih karipap buatan Mak Jah.
"What??? Aqram, papa? Why Aqram? Why I must married with him?," bertalu-talu soalan keluar dari mulut aku.
 Sungguh aku tak dapat terima permintaan papa. Mama pun tahu yang Aqram tu musuh ketat aku dari sekolah lagi. Sejak kecil sampailah sekarang tak pernah nak bersenyum atau berbaik. Kenapa aku mesti kahwin dengan dia pulak? Ni yang aku musykil.
"Let me explain first , okey dear. Sebenarnya Lis dengan Aqram dah pun papa dan mama tunangkan sejak kamu berdua kecil lagi. Kami berjanji akan kahwinkan kamu selepas kamu berusia 22 tahun. Jadi, inilah masa yang sesuai, sayang. Boleh kan?, ".
Penjelasan dari papa. Membuatkan hati aku di pagut kecewa dan dalam masa yang sama serba salah dengan permintaan kedua orang tua aku. Mendengarkan papa dah memanggil namaku "Lis" , itu bermakna papa ingin memujuk dan merayu. Oh Tuhan.! Tolong Hambamu ini. Aku keliru, Ya Allah.
"Papa, mama. Kenapa tak along je yang kahwin dulu? Kenapa Lisa? Lisa muda lagi papa. Along dah umur 28  , papa. Takkan along nak jadi bujang terlajak umur pulak? Takkan Lisa nak langkah bendul pulak?,".
Aduh.! Apa yang keluar dari mulut aku ni? Merapunya alasan. Sumpah tak logik alasan aku bagi.
"Ehh. Ni dah lebih. Sebab kau nak kena kahwin , along pulak yang terlibat. Tak ada , tak ada. Along memang nak tengok adik along yang cun ni kahwin dulu,"sambil tersenyum dan siap kenyit mata lagi along meluahkan kata.
Wahh, kau along. Kalau bab nak kenakan aku. Cepat je kau kan. Tunggu kau.
"Sayang, bukan kami tak nak kahwinkan along. Cuma , kami nak utamakan anak perempuan kami dulu. Along lelaki. Kahwin lambat pun tak jatuh saham dia. Lagipun ni janji keluarga , sayang. Please honey. Ini saja yang kami nak Lisa lakukan untuk kami,".
Sayunya mama berkata. Ni nak trick aku lah ni. No! No! No! Jangan mudah terpedaya Nur Kharlisa Datuk Kamil.
"Okey, mama dengan papa . Give me one day to think about it , okey? Apa pun keputusan Lisa lepas tu, mama dengan papa kena terima dengan hati terbuka. Boleh?,".
Wahh! Syarat kau ideal sungguhkan Lisa. Sambil tersenyum. Aku masih menanti jawapan Papa dan Mama.
Nampak papa dan mama senyum. Ada peluang ni. Fuhh.! Lega.
"Baiklah. Papa dan mama akan bagi masa untuk Lisa. Tapi Khamis pagi kami nakkan jawapan. Sebolehnya jawapan yang positif,".
Erk. Alamak mereka masih mengharap. How , Lisa? How?
"Okey papa, mama,".
Tak apa sekurangnya ada masa untuk aku bertenang.

***

Alamak. Dah hari khamis. Cepatnya. Aku tak bersedia nak  bagi jawapan. Mesti mereka dah menanti di bawah. Matilah aku. Cool okey Lisa.
"Good morning all," sapa aku sambil cuba buat muka seperti tidak ingat apa apa. Namun jelas di raut ketiga-tiga insan yang aku sayangi ini. Mereka menanti sebuah jawapan dari aku.
"Kenapa semua diam? Kenapa tak jawab Lisa sapa tadi? Papa? Mama?,".
Ni aku keliru ni. Kenapa dengan semua orang? Pelik, pelik.
"Sayang, Lisa lupa ke? Hari ni kan kita nantikan jawapan dari Lisa,".
Mama mula menerangkan. Macam mana ni. Okey, tetaplah kepada keputusan aku.
"Hurmm, susah Lisa nak bagi jawapan mama,".
"Tak apa sayang, kalau tak boleh kami faham,".
"Bukan mama. Lisa, Lisa, Lisa setuju dan terima permintaan papa dan mama,".
Eh, apa yang keluar dari mulut aku ni? Mama dah bagi peluang. Kenapa aku sia-siakan? Tapi jelas terpacar keceriaan dari wajah mereka semua. Tak apa lah. Mungkin sudah suratan ini hakikatnya. Aku terima.
Semalam, selepas semua orang tidur. Aku membuat solat istikharah. Memohon kepada Allah agar bagi padaku jawapan yang pasti. Sehinggalah aku tertidur di tikar sejadah. Aku juga bermimpi yang ada satu orang yang tidak aku nampak wajahnya memberi aku satu kertas. Kertas itu tertulis "Terimalah dia. Dia jodoh untukmu". Sehinggalah terdengar azan subuh. Tersentakku terjaga. Mungkin inilah salah satu petunjuk. Kata-kata yang terlepas dari mulut tanpa sengaja. Mungkin benar dia jodoh untukku.

***

"Aku terima nikahnya Nur Kharlisa Binti Datuk Kamil dengan mas kahwinnya sebanyak 80ringgit tunai,".

Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Aqram Nazrin Datuk Sulaiman. Berderai air mataku jatuh.
Bukan kerana sedih kahwin kerana terpaksa. Tapi kerana hati mula jatuh cinta saat mendengar lafaz nikah dari mulut Aqram sebentar tadi. Sungguh aku bertekad aku akan belajar menyayangi, mencintai dia serta menjadi isteri yang solehah.

"Tahniah sayang. Selamat pengantin baru,". Mama memeluk dan menciumku. Tak apalah , biarlah ini menjadi satu pengorbanan aku sebagai anak untuk kebahagiaan orang tuaku.

"Terima kasih mama," balasku sebak.

***

Usai tamat majlis dan jemputan pulang. Aku terus melangkah ke bilik untuk menukar pakaian. Sungguh aku rimas dengan pakaian pengantin ini. Sedangkan aku asyik mencari baju yang sesuai untuk dipakai. Pintu bilikku dipulas dari luar. Aqram masuk dan terus berlalu ke katil tanpa memandang ke arahku. Aku pun biarkan sahaja. Mungkin masih penat. Tiba-tiba...

"Kau jangan ingat , aku berkahwin dengan kau kerana aku suka kau. Tak pernah aku nak suka malah jauh sekali nak jatuh cinta pada kau. Aku takkan anggap kau isteri aku, dan hubungan ini takkan lama. Jadi jangan bahagia sangat. Kau faham? Ingat tu.! ,".

Bunyi seperti satu peringatan untuk aku. Terasa bagai satu batu besar telah menghempap kepala aku pada saat itu. Ya Allah! Dugaan apakah kau berikan untuk hambamu yang lemah ini , Ya Allah.

"Abang, kenapa abang cakap macam ni? Kita sudah sah berkahwin abang. Tak boleh ke kita buang perasaan benci dan cuba belajar untuk saling melengkapi?," perlahan aku cuba menutur kata.

"Kalau aku tak suka, aku tak sukalah! Disebabkan kau, aku terpisah dengan Maria. Disebabkan kau yang bodoh. Tolonglah jangan panggil aku abang. Aku jijik. Aku geli. Aku nak ingatkan kau. Hidup kau, hidup kau dan hidup aku, hidup aku. Kau faham? Kau nak buat apa, kau buatlah. Kau nak keluar mana pun ikut kau. Dan yang paling penting jangan ganggu hubungan aku dan Maria. Kau faham tu?,".

Lantangnya dia bersuara. Mujurlah pintu bilik ditutup. Jatuh berjuraian airmataku. Cinta dan kasih yang baru mula ingin bercambah kini bagai tertimbur disebalik kata-kata Aqram. Kejam kau Aqram. Sungguh kau kejam. Baiklah, demi kebahagiaan kau. Aku terima.

"Baiklah, saya terima arahan dari abang. Tapi tolong jangan ceraikan saya,".

"Baguslah kau terima. Kau jangan risau. Aku takkan ceraikan kau sekarang. Tapi nanti,".

Sambil tersenyum kemenangan, Aqram berlalu tanpa menghiraukan aku. Ya Allah, hambamu ini tak cukup kuat untuk menghadapi dugaan ini. Bantulah hambamu ni, bagilah hambamu ini kekuatan.

*** (Bersambung okey, penat. :) )

2 comments:

  1. Replies
    1. Actually saya hampir terlupa post ni. Thank you sbb mengingatkan. And ni sambungan nya http://cikeidayayarae.blogspot.my/2016/11/lara-kasih-part2.html?m=1

      Delete

Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae