Monday, 7 January 2013

Pendirian.

Assalamualaikum semua, first of all  , apa khabar hari ni? Sihat kan? meyh nak telek telek muka sikit..
Haa, dah nampak chubby tu. Confirm sihat. Hehe. Joke je okey. Jangan serius serius sangat. Nanti hidup
tak happening lah kan? So, apa tujuan aku update new post hari ni ehh? Hari ni nak cerita mengenai pendirian. Starting from yesterday, aku jadi pening. Keliru. Bukan sebab apa, tapi berpunca dari pendirian seseorang yang suka berubah dan menyebabkan aku sendiri was was dengan pendirian aku.

Okey, so let's go proceed about the story. Ceritanya macam ni. Ingat tak entri semalam yang tajuk ni "
Air mata, Mahal atau Murah? " ( klik untuk melihat) . Kan , aku dah cakap pasal yang aku already clash dengan boyfriend aku , lepas je dia cakap yang dia nak putus dengan aku tu. So, aku pun malas lah nak fikir panjang panjang sangat kan. Mana aku nak fikir test lagi, dengan hal hal tertentu lagi. Jadi aku buat keputusan untuk tolak tepi je masalah ni. Lagipun ulang kali aku tanya betul ke keputusan dia tu, dia cakap muktamad. No second chance. So, dah macam tu kan? Untuk apa nak berharap lagi.
Tiba tiba, malam semalam tengah tengah aku seronok tengok Anugerah Juara Lagu dengan housemate aku  Cik Aien , Cik Sha , Cik Mimiey , Cik Lin , Cik Nj dan Cik Ziera (click pada nama untuk pergi tengok kengkawan aku nih) . Ada satu mesej masuk #Syg, a** mintak maaf, dan a** maafkan syg. Lepas ni jangan buat lagi tau. #
Aku pelik, betul ke ni, cepatnya pendirian dia berubah. Kengkawan ada yang cakap tak payah dengan dia dah. Ada yang cakap terpulang pada aku. Kalau korang kan, orang yang korang syg. Of course lah korg nak selamatkan lagi hubungan tu kan? So, aku pun terima lah balik. Bila dah terima. Hari ni(means tadi lah) aku nak keluar pergi klinik. Dia tak dapat temankan coz dia nak pergi Muar sebab dapat emergency call yang Auntie dia koma. So, aku pun no hal. Aku boleh pergi dengan housemate aku. Tiba tiba dia tuduh aku macam ni #Haa, suka lah kan? Jap lagi boleh lah ajak mana mana jantan temankan, bawak keluar#
Aku pun menyiraplah, perlu ke nak tuduh tuduh aku macam tu. Malas nak gaduh gaduh sangat. Aku balas macam macam tu je. Dia boleh plak cakap #Dahlah, tak pyh lah lagi cari a** , bawak haluan masing masing#
Ehh, kenapa berubah macam ni pulak. Peninglah kepala aku, sekejap nak go on, sekejap putus. Go on balik, putus. Ingat main main ke apa. Masa nak keluar pergi klinik tu aku mesej lah #Nak pergi klinik dah ni ngan housemate#
Tahu dia balas apa? Dia balas macam ni #Pergilah, jangan lupa mengatal sekali tau# 

Apakah? Perlu ke dia buat macam tu? Kalau korang lah hadap orang yang tak berpendirian macam ni tapi sayang sangat. Apa keputusan korang? Go on or clash? Which one?
Tolong bagi aku pendapat korang semua. Aku serius dah buntu sangat sangat.
Tertekan dengan situasi ni.  

                                                    

Makin banyak fikir makin tak dapat jawapan.
Tolong ye, bagi pendapat korang. :')

No comments:

Post a Comment

Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae