Wednesday, 9 January 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum, nak cerita ni pasal Setia Hujung Nyawa yang sekarang ni ditayangkan di TV3.
Cerita ni dah lama ditayangkan. Kalau tak salah hanya 28 episod je. Kalau salah mohon perbetulkan.
Ramai yang terlalu minat tengok cerita ni, tak dinafikanlah housemate aku pun memang gilakan cerita ni.
Bagi yang pernah baca novel yang ditulis oleh Fatin Nabila , tentu dah tahu jalan ceritanya kan?

                                                        
Ni muka depan Novel Setia Hujung Nyawa.                   Ni antara pelakon Setia Hujung Nyawa.

Okey, mari aku ceritakan pasal cerita ni. Kisah bermula bila pengantin perempuan melarikan diri. Zain Hakimi yang mula risau apabila si pengantin melarikan diri. Terpaksa menerima cadangan Datin Adibah untuk menjodohkan dia dengan Ersalina , seorang gadis remaja berusia 17 tahun. Pinangan Datin Adibah diterima oleh Haliza(ibu Ersalina) bagi menutup satu rahsia yang memalukan keluarga. Mereka dijodohkan dalam masa seminggu perkenalan.

Usai pernikahan, mereka membuat keputusan untuk menjadi teman serumah dan belajar menyemai rasa cinta. Tatkala , perasaan cinta mula berputik dan mula membuat janji untuk setia sehingga hujung nyawa serta ingin mula kan hidup sebagai pasangan suami isteri yang sebenarnya. Zain Hakimi terkejut apabila Ersalina disahkan mengalami keguguran, sedangkan dia belum pernah dan sempat menyentuh isterinya.Barulah Ersalina mengerti kenapa ibunya segerakan pernikahannya. Disini mula lah berlaku pergolakan dalam rumah tangga ini. Zain Hakimi memaki, melayan Ersalina dengan teruk dan berpura mesra dihadapan keluarga. Ersalina pasrah dan sentiasa bersabar dengan apa yang terjadi kerana ini semua salah dirinya.
Bibir tersenyum biarpun hati terluka. Takdir yang telah ditetapkan , setelah mereka bercuti bulan madu di Bali. Hubungan yang semakin goyah menemui kebahagian apabila Zain dapat melupakan bayangan hitam Ersalina dan menerima dengan hati yang terbuka. 

Namun, bahagia itu hanya sementara. Cinta mereka sekali lagi diuji apabila Zain mengalami kemalangan dan koma. Ersalina mula bagaikan orang gila apabila Zain tidak sedarkan diri selama sebulan. Namun berita kehamilan menguatkan kembali semangat Ersalina. Hadi yang busuk hati mula pelik dengan berita kehamilan Ersalina. Hadi merasakan sekali lagi Zain ditipu kerana sebelum ini Zain dan Ersalina mempunyai hubungan yang dingin. Perbualan Hadi dan Ersalina tentang Ersalina bukan dara sebelum perkahwinan didengar oleh Datin Adibah.

Tatkala, rahsia mula terbongkar. Datin mula melarang Ersalina bertemua dengan Zain. Akhirnya Zain sedar dari koma. Datin Adibah berkeras meminta Zain menceraikan Ersalina dan ingin menjodohkan Zain dengan perempuan lain. Namun Zain tetap mencintai Ersalina dan sering mereka bertemu secara sembunyi.
Kuasa Tuhan apabila Datin Adibah mengetahui yang Zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dulu. Ini membuka mata hatinya untuk menerima kembali Ersalina sebagai menantunya.
Dan cinta mereka kembali bertaut. Happy Ending.
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya"

No comments:

Post a Comment

Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae