Tuesday, 8 January 2013

Unifield Technology College.

Assalamualaikum, selamat petang. 
So, semua sihat? Aku tak sihat hari ni. Demam pulak. Aishh, mudah sangat aku ni sakit. 
Call mak aku, mak aku cakap "kau tu je lah,pas sakit sakit. satu satu datang"
Mak pun dah faham. Sebabnya aku ni antibody kat badan lemah sesangat. Ok, cukup. Aku bukak entry ni 
bukan nak cerita soal kesihatan aku. Tapi tentang tempat aku belajar.
Unifield Technology College, rata rata orang akan cakap kolej apa tu? tak pernah dengar pun. 
Yang sebenarnya dulu kolej ni namanya Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah.
Tapi dah di tukarkan ke UTC tu. Sekarang ni pun dah mula bertapak dekat dalam A'famosa Resort.
Kiranya aku study dalam tempat pelancongan lah kan? Kalau ikut ada yang cakap, peliknya study dalam tu.
Dah tempatnya dalam ni nak buat macam mana kan?
Aku dapat idea nak bercakap pasal UTC ni pun selepas aku baca banyak blog yang cerita pasal UTC ni. 
Biar aku cerita oke, UTC ni sebenarnya tak adalah seteruk mana. Kalau dari segi pembelajaran mungkin lah tak sempurna. Tapi lecturer lecturer yang mengajar cukup bagus.  So, kalau pasal belajar ni tak ada masalah lah, kalau kita memang tumpu pada pelajaran. Sebab lecturer akan sentiasa membantu bagi student yang rajin. Kalau dah malas, lecturer pun malas lah nak tolong. Cuma satu kelemahan . Pengurusan kolej ni,
Kalau pasal membayar yuran pengajian, yuran kamsis ke. yang ni korang kenalah berhati hati. resit bagai semua kenalah simpan. Sebab nanti akan timbul soal korang tak bayar. Padahal dah bayar. Ptptn korang akan dapat lambat. Jadi kena banyak sabar. Kalau ada refund pun kenalah sabar banyak banyak. Sebab refund ni pun lambat dapat. Tapi kalau kita lambar bayar apa2 yuran kat pengurusan. Sampai ujian pun tak dapat masuk.
Tapi bagi sesiapa yang baru mula mula nak masuk tu, fikirlah dua tiga kali okey.
Orang yang boleh sabar je boleh hadap semua ni. Malas nak letak gambar pasal enviroment kolej ni..
Korang boleh search sendiri oke. :)
Bye bye.

No comments:

Post a Comment

Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae