Sunday, 13 November 2016

LARA KASIH part2

Sambungan..

Lisa tersentak dari lena dengan terkejut dan matanya melihat ke kanan katil dan juga ke seluruh bilik.
"Ya Allah, aku terlepas Subuh. Alhamdulillah rupanya aku bermimpi je dah sah jadi isteri Aqram.Fuhh selamatlah aku mimpi je. Mungkin tu petanda aku patut batalkan persetujuan nak terima dia jadi suami aku. Jadi sekarang, aku kena cepat cepat bagitahu keputusan ni pada Papa dan Mama. "  Lisa bermonolog sendirian sambil termenung.

Sedang Lisa termenung, dia tersentak apabila terdengar bunyi pintu bilik Lisa dipulas dari luar. Namun dia abaikan dan tak berpaling kepintu. Kiranya di fikiran Lisa itu adalah Mama.
" Hah, elok sgtlah tu. Dah bangun lambat, subuh kau pun ntah ke mana. Macam ni nak jadi isteri? Ni ke perempuan yang Ummi puji elok budi pekerti? Hadoi, Ummi.. tengok orang bertudung ingat elok sangatlah perangai. Kau ni memang pandai sangat berlakon baik depan orang kan Lisa?? Dari kecil sampai sekarang. Apa malang aku ni kena paksa kahwin dengan kau?? " bentak si lelaki.

Lisa dengan muka yang masih terkejut segera berpaling ke pintu apabila terdengar suara garau yang tak asing lagi buatnya. Wait! wait! Kahwinn??? What thee.. That's means.. aku tak bermimpi? Aku memang dah sah isteri Aqram?? Sempat Lisa berbicara sendiri didalam hati. Dikala tersedar yang dia tidak bermimpi, Lisa segera melihat ke jari manisnya. Ya, tersarung cincin bertakhta berlian di jarinya. Melihat Lisa seperti serba tak kena, Aqram terus melepaskan marahnya.

"Kau dah kenapa?? Dah jadi biol? Tak betul? Habis kau nak suruh aku tunggu kau berapa jam ni? Baru kau nak habis mengelamun? Kau pergi mandi sekarang. Kita turun sama. Kau ingat ye, depan keluarga kau, depan keluarga aku . Kita pura pura baik. Kita berlakon. Tapi kau jangan ingat aku akan berbaik dengan kau. Pegang kau pun aku jijik tau. Dah cepat sana mandi!" hambur Aqram sambil menolak Lisa.

Lisa tergamam bila tubuhnya ditolak Aqram. Dia tahu, dia tak mampu untuk membalas apa kata sekalipun. Dengan lemah, Lisa segera menurut kata Aqram. Dia berlalu ke kamar mandi setelah mengambil pakaiannya. Didalam toilet Lisa menangis semahunya. Dia kecewa, dia kesal. Dia korbankan rasa cinta pada seseorang hanya untuk memenuhi hasrat keluarga. Hanya untuk mengahwini lelaki yang berada diluar itu. Detik itu Lisa sedar, dia harus kuat. Kuat untuk tempuhi kehidupannya selepas ini.

***

"Haa, dah turun pun pengantin ni. Mari makan sekali Aqram, Lisa." ajak Dato Kamil.

Aqram memimpin erat tangan Lisa menuruni tangga menuju ke meja makan. Jika dilihat, pasti orang lain akan mengatakan mereka bukanlah pasangan yang berkahwin atas dasar aturan keluarga. "Dasar lelaki hipokrit." omel Lisa didalam hati.

"Maaf lambat, buat semua tertunggu. Permaisuri Am ni lambat bersiap tadi. Lena sangat tidur. Penat majlis semalam kot." ujar Aqram sambil mencuit pipi Lisa. Lisa yang terkejut dengan perbuatan tak dijangka Aqram dengan tidak semena menepis tangan itu.

"Ehh, Lisa.. Apa ditepis tangan suami macam tu. Eloklah bergurau mesra. Bertambah erat hubungan tu. Sudah mari makan. "  Datin Laili menegur perbuatan Lisa sambil mengeleng kepala.

Lisa hanya mampu mencebek mulut. Sungguh dia mula rasa benci dengan sikap kepura-puraan Aqram. Bagi Lisa, kalau dah tak suka buat apa berlakon. Biar keluarga tahu, hubungan mereka menanti belah. Sepanjang makan , Lisa hanya membatukan diri . Aqram pula rancak berbual dengan Papa dan Along. Kala itu, Lisa berasa semakin jelak dengan lakonan Aqram. Bermacam kata bermain didalam hati Lisa.

"Aqram, Mama dan Papa nak minta maaf jika Aqram tak setuju dengan perkahwinan ni. Tapi Mama berharap sangat, agar Aqram menjaga puteri Mama ni dengan baik. Sekiranya Aqram tak perlukan dia, Aqram lepaskan dan pulangkan dia pada kami dengan cara yang baik, ye nak."  Datin Laili membuka bicara sesudah mereka selesai bersarapan.

Aqram tersenyum sambil ketawa kecil . "Ish.. Apa Mama ni cakap macam tu? Sekarang Am dah pun jadi suami Lisa. Mesti Am akan jaga dia. Kalaulah Am tak inginkan Lisa, dari awal Am dah tolak rancangan keluarga ni Ma. Cuma sekarang.. Am nak mintak izin Ma dan Papa . Kami dah berbincang, kami nak pindah rumah lagi 2hari. Boleh ye?" 

"Ha?? Bincang? Pindah? Bila kita bincang? Lisa tak ada bagi persetujuan pun." bertalu soalan keluar dari mulut Lisa.

"Sayang, malam tadikan abang ada tanya sayang. Boleh tak kita pindah? Sayang lupa? Sayang sendiri jawab, sayang tak kesah pun. Sayang sedia ikut abang, apa je keputusan abang ." Aqram menutur kata sambil mengengam kemas jemari Lisa.

Lisa sedar makna genggaman dari Aqram. Dengan perlahan Lisa cuba menarik dari genggaman Aqram. Jemarinya rasa sakit di genggam kedap begitu.

Dengan lemah Lisa menjawab "Ohh, Lisa terlupa Abang. Yelah.. malam tadi kita berbincang , Lisa penat sangat. . Lisa okey je, tanggungjawab Lisa berada disisi suami kan?" 

Terkejut dengan keputusan mengejut anak menantu, Datin Laili membantah " Kenapa nak pindah?  Rumah ni besar, banyak bilik. Duduk je sini. Tak payah pindah yee." 

"Ehh awak ni, biarlah. Dorang pun nak ada privacy dorang sendiri. Nak berdikari. Nak belajar hidup berdua suami isteri. Izinkan je la. Takpe Am , Lisa. Papa setuju dengan keputusan kamu berdua." sokong Dato Kamil sekaligus membantah cadangan Datin Laili.

Aqram menarik nafas lega dan tersenyum. Dia lega kerana mendapat sokongan dari ayah mertuanya. Sekurang dia tak perlu memikir apa alasan yang terbaik untuk diberi pada Datin Laili.

Hariz yang hanya memerhati dan mendengar sedari tadi mula mengusik Lisa. "Haii, sunyilah Along lepas ni. Dah tak ada orang Along nak bergaduh. Rugi Along bagi kau kawin dulu, dik. Kalau Along tahu, Along dah setuju bila kau kata Along kawin dulu. Sedih Along macam ni." 

"Haa itulah Along.. aku suruh kau kawin dulu. Kau bantah. Padan muka kau sunyikan aku tak ada." balas Lisa sambil ketawa dibuat-buat. Dia sekadar cuba untuk menghiburkan hati.

***

Sebulan sudah mereka berpindah ke kondo Aqram. Selama sebulan itu juga, mereka tak pernah bercakap. Kehidupan mereka didalam rumah itu tak ubah seperti dua orang asing. Bukanlah Lisa tak cuba untuk berbicara. Tapi setiap kali Lisa buka mulut , setiap kali itu juga Aqram membalas dengan suara yang tinggi. Kesudahannya , setiap kali Lisa ada sesuatu nak disampaikan, dia sekadar melekatkan memo. Lisa sendiri sudah lali.

Lisa seakan sudah boleh menerima cara kehidupan seperti itu. Sementara menanti tawaran bekerja , Lisa memang menjadi surirumah sepenuh masa. Dari bilik, mengemas satu rumah, membasuh pakaian dan memasak. Dia sendiri pelik. Aqram seakan sangat membencinya. Namun, tanggungjawab sediakan semua keperluan Lisa tak pernah diabaikan. Sepanjang Lisa menjadi penganggur terhormat , dia langsung tak kesah. Makanan dimasak Lisa, tak pernah tak disentuh. Selewat mana pun dia balik, pasti akan dijamah juga. Lisa perasan semua itu. Perkara perkara itu jugak membuat dia sering tertanya-tanya.

Sebulan yang lepas..

"Sebaik je kaki kau jejak ke kondo aku ni. Aku nak kau tahu. Segala urusan aku tak berkaitan dengan kau. Kau jangan sibuk nak ambil tahu . Aku kemana ke, pukul berapa nak balik, jumpa siapa. Tu semua bukan urusan kau. Macam tu jugak, aku takkan ambil tahu pasal kau.  Lagi satu , kau nak masak. Kau masak jelah. Tak ada barang, tak ada duit bagitau aku. Oh.. sebelum aku terlupa. Kau nak kerja ke tak, aku tak peduli. Aku tak kesah. Sebab tiap bulan aku akan bagi kau allowances . Aku tetap akan bagi nafkah kau. Jangan risau." ujar Aqram panjang lebar sebaik sahaja mereka berpindah pada hari itu.

Kata-kata Aqram sebulan yang lepas masih jelas diingatan Lisa. Dan dia akui, Aqram berpegang kata . Setiap bulan, Aqram memasukkan amount yang sama kedalam akaunnya. Malah, dia keluar kemana . Aqram tak pernah peduli. Cuma pernah sekali dia tak balik . Aqram hantar pesanan melalui Whatsapp bertanyakan dia dimana.

Memandangkan hari itu genap sebulan dia dirumah itu. Lisa merancang ingin cuba bertegur kembali dengan Aqram. Dia tak peduli apa reaksi Aqram. Dia bersedia. Lisa sedari pukul 5 setia menanti Aqram pulang dari pejabat sehinggakan dia terlena. Jam 6.30 , Aqram pun tiba dirumah. Terdengar bunyi pintu dibuka. Lisa segera bingkas bangun.  Aqram melihat Lisa, tapi dia terus melangkah untuk ke bilik.  Langkah Aqram terhenti apabila Lisa memanggilnya.

"Abang.. err Aqram. Lisa ada sesuatu nak cakap dengan abang. Emm , maksud Lisa dengan Am." tergagap-gagap Lisa menghabis kata. Aqram berpaling dan melihat Lisa dengan pandang yang tajam.

"Dah, kenapa baru hari ni kau nak bercakap dengan aku? Kertas memo kau dah habis? Nak aku beli? Selalunya kau main tampal je kan. Apa mimpi kau hari ni?"  Aqram menjawab. Lisa menarik nafas lega. Lega kerana Aqram tak meninggi suara seperti dulu. Walaupun masih kasar, dia sudah cukup lega tiada lagi tengkingan. Lega dengan situasi membuatkan Lisa tidak kekok untuk meneruskan bicara.

"Lisa , nak ajak abang solat sama . Abang jadi imam Lisa. Boleh? Lepas tu kita makan malam berdua. Lisa masak lauk kegemaran abang. Ummi cakap , abang suka telur masak lemak cili api. Lisa , masak untuk abang."   Hampir melompat kegembiraan Lisa, apabila Aqram bersetuju dengan permintaannya. Dia rasa seperti mimpi . Walau Aqram hanya membalas sepatah kata dan terus berlalu. Lisa yakin dengan pendengarannya. 

Lisa terus berlalu ke bilik yang disediakan khas untuk solat. Dia membentangkan sejadah untuk dia dan juga Aqram. Sementara menanti Aqram tiba. Dia ke toilet untuk mengambil wuduk. Keluar dari toilet, Lisa lihat Aqram telah menunggu dia untuk solat. Lisa tersenyum sendiri. Syukur dan gembira dia tidak bermimpi mendengar jawapan Aqram tadi. Usai solat, Aqram berdoa . "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Sesungguhnya Ya Allah, Kaulah yang maha pengasih lagi maha pengampun. Kau ampunilah aku dan isteriku Ya Allah. Kau tetapkanlah hati kami ya Allah. Kau murahkanlah rezeki kami. Ya Allah kau berikanlah aku dan isteri kesihatan yang baik, zuriat yang soleh solehah, kau maniskanlah hubungan kami. Ya Allah sesungguhnya Kau sahaja  tempat aku meminta. Amin."  selesai sahaja berdoa Aqram menghulurkan tangan kepada Lisa. Lisa yang menangis kerana tersentuh dengan doa Aqram , segara menyalami suaminya itu.

"Abang, Lisa mintak ampun. Lisa tahu, Lisa tak jadi isteri yang baik, sempurna untuk abang. Lisa tak bercakap dengan abang. Lisa tahu, Lisa salah. Tapi abang.. Lisa tak mampu , bila Lisa selalu ditengking . Abang tinggikan suara dengan Lisa. Lisa tak mampu. Saat abang lafazkan akad.. Lisa dah serahkan hati Lisa pada abang. Sebab tu Lisa tak mampu, orang yang Lisa dah cinta seringkali marah, tinggikan suara. Abang, apa yang buat abang bencikan Lisa sangat sangat?? Apa abang? Takkan kerana masa kecil kita , abang berdendam? Jujur dengan Lisa hari ni abang." luah Lisa sambil tunduk menyalami Aqram.

Aqram yang masih terkedu dengan luahan Lisa segera menarik tangannya. "Hmm, awak nak tahu kenapa saya buat macam ni? Awak nak tahu kenapa saya berkasar? Awak nak tahu penyebabnya?? Baiklah. Saya boleh berterus-terang. Sebaik saya berterus-terang. Saya pun nak penjelasan dari awak. Awak tunggu sekejap. " 

Tak lama kemudian Aqram tiba kembali dan melempar sesuatu dihadapan Lisa. Lisa melihat semua yang dilemparkan oleh Aqram. Dia terkejut dan seperti tidak percaya. Sungguh dia tidak percaya.

**** (bersambung part 3)


Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae