Wednesday, 1 February 2017

LARA KASIH PART 3

"Ya Allah! Apa ni abang? Sumpah abang, Sumpah Lisa tak pernah buat perkara macam tu. Ya Lisa bebas kesana sini, tapi Lisa tahu halal haram. Apa guna Lisa bertutup tapi Lisa buat perkara bodoh macam tu. Jejak kaki pun Lisa tak pernah abang. Jadi sebab ni ke abang? Sebab ni ke abang marah pada Lisa ? Kenapa abang tak jujur dari awal? Siapa yang bagi gambar ni pada abang?". Sungguh aku tak boleh terima apa yang aku lihat didalam gambar yang diberi Aqram. Gambar yang jelas terpampang muka aku dengan pakaian tak cukup kain berada diatas riba seorang lelaki didalam sebuah pub. Disebabkan itu jugak bertalu soalan yang keluar dari mulut aku.

" Hmmm, dah habis soalan awak? Saya dapat gambar ni diatas meja ofis saya. Dalam sampul tanpa penama. Kira kira 3 hari sebelum majlis kita. Saya dah tanya pada setiausaha saya siapa yang kirim. Dia pun tak pasti. Sebabnya tiada siapa yang pas kepada dia untuk diberikan pada saya. Saya masih lagi mencari tahu siapa pengirim , tapi sehingga sekarang tak dapat. Jadi sekarang awak nak nafikan? Jelas kot muka awak dalam tu. Awak nak nafikan apa lagi? " 
Jelas Aqram masih meragui aku. Allah fitnah apa ni Ya Allah.

"Awak , mengenai perkahwinan kita. Tak ada siapa yang tahu, melainkan orang terdekat. Zaman dah moden. Awak boleh cek sama ada gambar tu asli atau edit. Saya berani sumpah atas nama Allah , saya tak pernah buat perkara macam tu. Atau ada orang yang cuba menghalang perkahwinan kita? Ehh sekejap... awak cakap 3 hari sebelum perkahwinan kita kan? " Tetiba aku terasa seperti dapat menangkap siapa punya angkara. Tapi mana mungkin. Mustahil dia akan lakukan perkara macam tu. Dia baik, selalu dengar segala masalah dan dia juga insan yang ada dihati sebelum aku serahkan sepenuh hati kepada insan dihadapan aku ketika ini.

"Ya , 3 hari sebelum. Kenapa? Awak rasa awak tahu sapa punya kerja? Yang sebenarnya, keputusan gambar ni saya da dapat 2 minggu lepas perkahwinan kita. Ya, macam awak cakap . Ni bukan gambar yang asli. Tapi sebabkan saya ego, malu untuk mengaku salah saya atas hukuman yang diberi kepada awak terlebih dulu membuatkan saya tak berani untuk menegur. Dan saya pun dah dapat balasan. Saya minta maaf."

Balasan? Balasan apa pulak Aqram cakap ni. Macam aku dah tinggalkan dia. Aku elok jee ada depan dia lagi ni. Setia lagi menanti. Ehh tapi yang tu nanti dulu. Sekarang aku kena cari tahu, betul ke tekaan aku mengenai pengirim gambar ni. "4 hari sebelum kita diijabkabulkan , saya ada berjumpa dengan Rais. Awak kenalkan? Rais kawan sekelas awak masa kita sekolah dulu. Yang sekarang bekerja di syarikat awak. Saya dengan dia sebelum ni hampir bercinta. Kami rapat. Sebelum mama dan papa cakap mengenai jodohkan saya dengan awak. Rais ada luahkan perasaan dia. Belum sempat saya bagi keputusan , saya dibebankan dengan berita dari papa dan mama. Jadi selama perancangan perkahwinan kita, saya menyepi. Sehingga 4 hari sebelum, saya berjumpa dan berterus terang mengenai hal perkahwinan , sekaligus menjemput dia. Pada awal dia tak dapat terima, setelah bertenang dia mengucapkan tahniah dan terus berlalu pergi. Tapi sehingga sekarang saya langsung tak jumpa atau contact dia. Saya tak tahu, hati saya kuat katakan itu kerja dia."

Seusai aku habis bicara, Kelihatan Aqram meraup wajahnya berserta keluhan kecil. Jelas terpancar marah diraut wajahnya. "Awak kenapa diam" aku menegur setelah melihat Aqram terdiam sahaja,
.
"Baru saya sedar. Patut selama jumpa saya , dia mengelak. Kenduri pun dia tak datang. Rupanya ada buat salah. Saya tahu saya bukan rakan baik dia, tapi dia tetap kawan saya. Kenapa dia tak boleh terima ketentuan. Tapi saya akui, ni bukan kesalahan Rais sepenuhnya. Salah saya kerana cepat menghukum. Saya minta maaf. Saya berjanji kita akan perbetulkan kembali hubungan kita." luahan kata dari Aqram jelas nampak keikhlasan. Ini yang aku nantikan selama ni.  Ya Allah terima kasih pada Mu Allah.

"Saya pun abang, saya minta maaf. Kalau lama dulu saya minta penjelasan , pasti tak macam ni. Kita mulakan hidup baru ye. Pemulaan baru untuk perkahwinan kita. Semoga perkahwinan kita ni mendapat berkat. " tenang aku meluah kata , seraya menyalam tangan insan bergelar suamiku. Menitis airmata kegembiraan kerana ini yang selama ini dinantikan. Serentak itu , aku rasa satu kucupan diatas kepala. Malam itu berlalu dengan tenang. Moga Allah sentiasa sinarkan hubungan ini. Dengan namamu Ya Allah, aku memohon.

***

Keesokan harinya, hari minggu. Awal pagi lagi Aqram bangun ajak aku pergi berjalan. Mengambil angin  sambil mengisi masa lapang. Agenda pada hari tu mengikut Aqram dia ingin membawa aku pergi kesatu taman kesukaan dia.

 Lebih kurang , 1 jam lebih perjalanan , kami tiba di destinasi. Cantik, taman itu amat cantik. Tak dapat aku gambarkan cantiknya taman tersebut. Indah dengan pokok pokok kehijauan, air terjun kecil buatan yang kelihatan amat semulajadi disertai dengan satu sungai jugak buatan . Didalam sungai itu terdapat bermacam ingin. Dikeliling taman, terdapat bermacam jenis bunga bungaan. Terdapat juga sudut sudut untuk bersantai . Setelah penat mengelilingi seluruh taman, aku dan Aqram memilih satu sudut dihujung . Jauh dari kawasan tumpuan.

"Abang memang selalu kesini ke? Cantik taman ni. Kenapa Lisa tak pernah tahu pun ada taman secantik ni." sahaja aku bertanya untuk memecah kebisuan antara kami.

"Abang memang selalu kesini. Kalau otak tak tenang, abang kesini untuk tenangkan fikiran. Lisa, abang nak tanya Lisa satu perkara boleh? ".

"Boleh. Abang nak tanya apa? Banyak pun boleh. " Aqram tersenyum mendengarkan kataku.

Tiba-tiba Aqram bangun dan melutut dihadapanku. "Lisa, sudikah awak menjadi teman hidup saya selamanya?" serentak itu aku teringat mimpi sebelum aku dikejutkan berita dijodohkan dengan Aqram. Ya, baru aku teringat. Inilah keadaan dalam mimpi itu. Di taman, dilamar seorang jejaka, berbaju maroon , Allah sempurnanya perancangan Mu. Aku mengalirkan airmata gembira. Aqram menghulurkan sebentuk cincin. Tak mampu berkata, aku menganguk dan menghulurkan jari. Aqram menyarungkan cincin. Dia memelukku, mujur kami agak jauh dari orang ramai. Malu aku dibuatnya.

"Terima kasih sayang. Terima kasih kerana maafkan abang, dan terima abang kembali. Abang berjanji. Abang takkan lukakan hati sayang lagi. " janji Aqram membuat aku tersenyum.

"Tapi abang, Lisa risau."
"Lisa risaukan apa?"
"Lisa risau, macam mana dengan Maria kekasih abang? Yelah, siapalah Lisa jika nak dibandingkan dengan Maria. Dia model, berhijab, cantik, boleh kata cukup sempurna." Ya aku akui, Maria sangat cantik. Mana lelaki melihat dia pasti tak akan berkedip mata. Maria seorang model berhijab. Itu membuat aku rasa sedikit tergugat.

"Ohh, sayang takut abang duakan sayang ye? Apa salahnya, abang mampukan. 4 pun abang boleh tauu." usik Aqram seraya mencuit hidungku.

"Kalau abang nak kahwin 4, abang ceraikan Lisa. Lisa taknak berkongsi. Tak sanggup." hampir menitis airmata. Aku terasa Aqram seperti mempermainkan perasaanku. Saat ini, aku memang seperti tamak. Tapi sungguh aku tak sanggup. Kalau tak sudi, janganlah permainkan perasaan aku.

"Eh, ! Sayang janganlah menangis. Abang gurau jee. Sensitif sayang abang ni. Hmm, pasal Maria . Sayang lupakan je. Dia takkan ganggu kita lagi. Antara abang dan dia dah lama berakhir. Itu yang abang cakap balasan. Ya, Maria cantik. Tapi kalau luaran nampak baik, tapi tidak dalaman untuk apakan sayang? " pujuk Aqram .

"Maksud abang apa? Luaran baik? Kenapa berakhir?" Aku sedikit keliru dengan kata-kata Aqram.

"Maria ditangkap basah dengan seorang Dato'. Gara-gara hendakkan job modelling , dia sanggup gadaikan maruah. Sebenarnya dah lama abang tahu, tapi sebab buta dengan cinta. Abang ketepikan apa saja berita yang disampaikan. Sampai abang nampak sendiri, dan Maria ditangkap basah tu pun abang yang buat report. Hehehe.. jahatkan abang? terang Aqram panjang lebar. Baru aku tahu puncanya. Sungguh aku tak percaya Maria macam tu.Tapi yelah, untuk duit buat mata manusia buta.

Setelah seharian berjalan. Kami pun pulang kerumah. Pada ketika ini, sungguh hati aku tenang dengan segala perancangan Allah. Moga hari mendatang, lebih tenang untuk dilalui.

*bersambung part 4.
p/s: maaf jarang update, kurang masa sekarang. Laptop plak buat hal.
Thank you readers.

No comments:

Post a Comment

Copyright@Semua yang Tertulis diatas ialah Milik Cik Eida Yaya Rae